Bakal memulakan tayangan pada 6 Mac ini, drama Andai Itu Takdirnya menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan Puteri Sarah Liyana.
Rata-rata netizen melahirkan keterujaan mereka yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan drama yang diadaptasi daripada novel tulisan Siti Rosmizah Ismail itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, turut berkongsikan sedutan babak naskhah berkenaan yang memaparkan adegan Shukri sedang mencekik isterinya lakonan Hannah.
Dalam hantaran itu, Puteri Sarah menulis, “Ramai je suami macam ni tapi tak buat report je.”
Sementara itu, kes permohonan penceraian Puteri Sarah terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof akan dibicarakan pada 7 Mac ini.
Ads
Menerusi kenyataan media sebelum ini, Puteri Sarah berharap Syamsul akan melepaskannya secara baik.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Ads
Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan sudah berkahwin dengan wanita yang didakwa sebagai individu ketiga iaitu Ira Kazar di Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Alif Satar bersikap profesional dan tidak memilih pasangan heroin yang akan berganding sama, termasuk mana-mana aktres yang pernah dikaitkan sebagai ‘penyondol’ rumah tangga selebriti lain.
Menurut Alif, 33, dia terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja menerusi apa sahaja naskhah selepas ini.
“Saya tak pilih heroin, tak profesional (kalau pilih-pilih), saya terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja.
“Saya tidak judge sesiapa, pelakon baru atau lama ke, dia power ke tak power ke.
“Saya terima seadanya (termasuk pelakon yang dikaitkan dengan isu penyondol), tak pernah rasa tercabar sebab isteri saya dah cukup sempurna,” katanya kepada MH.
Alif berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu Yang Cool kolaborasi di antara Al Ikhsan dan Iktikaf Alif di The Curve, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Alif juga berkata kesibukan kerja sebagai anak seni serta pelbagai perniagaan yang diusahakannya membuatkan dirinya tiada masa untuk ‘cari insan ketiga’.
“I got no time (saya tiada masa), sambil baca skrip pun fikir pasal bisnes.
“Saya ada macam-macam benda nak kena buat, tak ada masa nak fikir kau cantik (cuba menggatal dengan wanita lain).
“Bila kita kahwin, memanglah situasi turun dan naik dalam bahteri rumah tangga, nak kata kita gembira sentiasa, ada ketika sebaliknya.
“Kita pun ada masalah tapi cuba harungi. Bagi saya itulah perkahwinan,” katanya lagi.
Untuk info, Alif mendirikan rumah tangga dengan Sha Dila Halid, 39, pada 15 September 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad ‘Ali, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.
Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.
Terbaharu, Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 telah dilancarkan di Glam Hall, Damansara.
Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.
“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.
“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.
“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” katanya.
Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.
“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.
Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.
“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.
Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel.
Terdahulu, di dalam acara pelancaran pada Jumaat lalu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.
Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit.
Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah.
Susulan kenyataan pengarah Syamsul Yusof menafikan dirinya sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen; 23 Persetubuhan Luar Nikah, isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana memohon pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memandang serius mengenai perkara tersebut.
Dalam perkongsian di Insta Story, Sarah, 38, memohon agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meneliti perkara tersebut kerana melibatkan maruah JAWI.
“Mohon pihak kementerian agama, Datuk Dr Mohd Naim siasat kes Syamsul Yusof dan Ira Kaza memandangkan kes masih dalam siasatan.
“Jangan biarkan mereka berdua memalukan pihak JAWI dan menjatuhkan maruah JAWI,” tulisnya.
Terdahulu, Syamsul menerusi laporan pihak media menafikan dia sedang disiasat di bawah Akta Persetubuhan Luar Nikah.
Malah, pengarah filem Mat Kilau itu bertegas bakal menyaman pihak JAWI berhubung kes berkenaan.
“Minta maaf cakap, JAWI ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya.
“Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah.
“Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” kata Syamsul.
Kemelut melibatkan pergolakan rumah tangga Sarah dan Syamsul semakin berlarutan selepas pengarah itu enggan menceraikan isteri pertama ketika kes sebutan permohonan penceraian mereka dibicarakan pada 7 Mac lalu.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.