Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.
Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.
Terbaharu, Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 telah dilancarkan di Glam Hall, Damansara.
Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.
“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.
Ads
“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.
“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” katanya.
Tambah Che Ta lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.
“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kata Che Ta.
Ads
Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.
“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.
Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel.
Ads
Terdahulu, di dalam acara pelancaran pada Jumaat lalu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.
Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit.
Pada majlis sama, Anas turut mengumumkan kejutan hadiah hari lahir ke 50 tahun 9 Mac ini buat Che Ta berupa tajaan pakej mengerjakan umrah.
Kejayaan Demi Moore menggengam trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem (Komedi/Muzikal) di Anugerah Golden Globe 2025 menerusi lakonannya dalam filem The Substance cukup memberi inspirasi.
Mengalahkan pelakon lain yang tidak kurang hebat seperti Amy Adams, Zendaya, Cynthia Enviro, Karla Sofia Gascon dan Mikey Madison, Demi yang anggun mengenakan gaun rona metalik kelihatan sebak saat menerima anugerah berprestij itu.
“Saya tidak sangka dapat anugerah ini, hanya rasa terekejut sekarang,” ucap pelakon berusia 62 tahun ini saat menerima trofi tersebut daripada Andrew Garfield dan Kerry Washington.
Sambungnya lagi, “Saya telah berlakon untuk jangka masa yang lama, lebih 45 tahun, dan ini kali pertama saya pernah menang sebarang anugerah sebagai seorang pelakon. Saya berasa sangat rendah diri dan bersyukur.”
Menjadikan ucapannya begitu menyentuh hati dan memberi inspirasi, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi satu momen yang pernah membuatkan dia tidak percaya akan kebolehan dirinya.
“30 tahun lalu ada penerbit memberitahu bahawa merupakan seorang ‘pelakon popcorn’, dan saya memahami maksud itu dengan percaya yang menang sebuah trofi lakonan bukanlah untuk saya.
“Saya boleh berlakon banyak filem yang berjaya dan meraih banyak keuntungan namun saya tidak akan diakui, saya percaya kata-kata itu.
“Ucapan itu berbekas dalam hati saya begitu lama dan saya menyangkakan yang beberapa tahun lalu mungkin saya sudah cukup dengan apa yang saya lakukan selama ini,” ucapnya panjang.
Selain itu, Demi turut berpesan kepada semua yang menonton supaya selalu percaya diri dan jangan pernah meletakkan kemampuan diri dengan satu ‘ukuran’ yang dicipta manusia.
Demi memulakan kerjayanya dalam dunia lakonan pada 1978 dan telah membintangi lebih 60 buah filem dan hampir 20 drama televisyen. Kebanyakan filem yang dilakonkannya berjaya di pawagam.
Pada 1996, dia mencipta rekod sebagai pelakon wanita yang menerima bayaran paling tinggi iaitu USD12.5 juta untuk penampilannya dalam filem Striptease.
Sekadar info, gelaran pelakon popcorn merupakan istilah yang diberikan kepada pelakon yang cukup laris dan popular sebagai pelakon filem yang memiliki keuntungan yang tinggi namun bakat mereka dikatakan tidak cukup untuk menang anugerah lakonan berprestij.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo menitipkan nasihat buat kedua-dua anaknya untuk sentiasa bersatu hati dan tidak berpecah belah dalam menjaga hubungan sesama keluarga.
Jelas Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusli, dia berharap agar tidak timbul perasaan iri hati atau hasad dengki dikalangan ahli keluarganya yang boleh membawa kepada perpecahan.
Katanya lagi, dia sebolehnya mahu legasi yang dibina menerusi keluarga ini akan diteruskan sampai bila-bila.
“Tazkirah Selepas Jamuan Makan Sepanjang Hari Father’s Day. Tiada apa yang lebih mengembirakan Papa, Abah dan Daddy selain melihat anak-anak bersatu HATI, berbaik BUDI, Tiada IRI , HASAD DENGKI, tidak rasa menjatuhkan SESAMA SENDIRI.
“Papa, Abah, Daddy, tidak pernah diajar berpecah belah sesama sendiri, tolong sambung Amanah ini, wajib di ambil sebagai legasi,” katanya.
Perkongsian tersebut dikongsikan oleh Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Dalam pada itu, Jinggo turut menambah, seandainya berlaku perpecahan diantara ahli keluarganya, dia menyifatkan tugasnya sebagai seorang bapa telah pun gagal.
“Andai sudah terpahat di hati HASAD DENGKI sesama sendiri, itu bermakna AYAH SUDAH TIDAK DIHORMATI LAGI, KERANA GAGAL MENYATUKAN KELUARGA SENDIRI
“Ingat, jika kita berpecah belah, kita bukan saja sudah kalah tapi MARUAH KELUARGA KITA JUGA HILANG SUDAH,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dengan nasihat yang diberikan oleh Jinggo selain turut mendoakan semoga keluarganya akan sentiasa bahagia sampai bila-bila.
“Mata masuk habuk pulak. Happy father’s day. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
“So touching Papa Jinggo.
“Alhamdulillah, seronok tengok family Tok Sidang.
“Semoga kebahagiaan, keharmonian dan kasih sayang keluarga Tok Sidang kekal hingga ke jannah,” antara reaksi-reaksi yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.