Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail hari ini berkongsikan luahan hatinya mengenai cucu lelakinya, Syaikhul Islam yang merupakan anak sulung kepada Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah memuat naik gambar Syaikhul mencium kepala serta berpelukan dengan adik perempuannya, Sumayyah di sebuah pusat peranginan.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul yang disifatkannya cukup pandai menjaga adiknya sepanjang kehidupan mereka berdua.
“Syaikhul seorang abang yang menjaga adiknya, Sumayyah dengan baik kerana (Syaikhul) tahu, hanya dia sahaja lelaki dalam hidup adiknya,” tulis Patimah.
Ads
Terdahulu, Sarah mendedahkan ibu mentuanya menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.
Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis berkenaan susulan dakwaan Syamsul mengatakan Sarah nusyuz dan keluar rumah tanpa izin pengarah tersebut.
Ads
Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah berkongsi mengenai watak yang dibawa menerusi naskhah terbaharu lakonannya, Hijrah Jannah yang kini sedang sedang dalam penggambaran.
Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, karektornya kali ini bersifat psiko.
“Character Munirah is a psycho b***h! Hopefully tak terbawa ke real life Puteri Sarah,” tulisya menerusi paparan gambar di Insta Stories, hari ini.
Difahamkan menerusi drama tersebut, Munirah memainkan watak wanita yang menjalani kehidupan berpoligami.
Selain Puteri Sarah, turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Remy Ishak dan pendatang baharu, Daniella Sya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan Usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak boleh mengulas lanjut mengenai pendedahan aktor, Datuk Aaron Aziz yang mendakwa dia telah pun ‘dibuang’ daripada membintangi filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof, baru-baru ini.
Rosyam berkata, dia tidak tahu mengenai punca sebenar sebagaimana yang didakwa selain tidak bertanya lanjut mengenai isu yang berlaku.
“Saya pun kurang pasti mengenai nakshah yang mana memandangkan di dalam The Original Gengster ini, watak saya pun tidaklah terlalu besar.
“Hanya terlibat dalam 15 ke 16 babak sahaja. Malah saya pun tidak terbabit di dalam proses awal (pre-produksi) filem tersebut.
“Kemudian tiba-tiba saya dengar Aaron tak ikut (tidak berlakon sama). Bila ia berlaku saya tidaklah bertanya. Bukan cara saya untuk tanya kenapa dan sebagainya.
“Untuk ulas lanjut, saya tidak tahu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, sebagai pelakon yang sudah lama terlibat dalam dunia seni, Rosyam percaya rezeki dan tidak menafikan dua figura tersebut profesional dalam apa sahaja tindakan yang dilakukan.
“Saya pun pernah terima sesebuah tawaran, namun akhirnya produksi tidak jadi ambil saya untuk berlakon. Jadi saya okay sahajalah, tak ada rezeki.
“Kalau contohnya Syamsul pernah nak buat filem ‘Tailong’ dan dia tawarkan saya untuk bawa watak sebagai hero.
“Namun tiba-tiba dia tak jadi nak buat filem tersebut, sebaliknya buat filem lain tapi tak ambil saya berlakon. Saya tidaklah akan marah pun.
“Jadi bagi saya, ia mungkin ada sebab-sebab yang tertentu, saya tak tahulah apa sebabnya.
“Saya rasa berkaitan dengan rezeki, tak payah fikirlah. Insya-Allah ada rezeki berlakon filem lain pula selepas ini.
“Pada saya, nama mereka besar. Mungkin kalau tidak terlibat di dalam filem tertentu, selepas ini boleh bekerjsama balik.
“Saya tidak melihat ia suatu masalah. Insya-Allah Ada hikmah di sebaliknya,” katanya lagi.
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Rosyam Kambing Perap di Subang, Selangor pada Ahad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan figura pelakon terkenal, Edika Yusof dan Arash Mohd yang memperaga pada majlis melancarkan koleksi Raya in Vogue yang dibawakan oleh Siti Khadijah Apparel menjadi menarik perhatian ramai.
Pertunjukan fesyen yang berlangsung hari ini di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall, Kuala Lumpur itu turut disokong dengan kehadiran rakan selebriti lain seperti Vanidah Imran, Kuza dan pempengaruh media sosial.
Turut menghiburkan penonton ialah penyanyi ialah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.
Koleksi Raya In Vogue menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita.
“Koleksi yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara. Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini selain ke butik terpilih.
“Selain itu mereka juga boleh membeli menerusi ‘personal shopper’ berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi dalam talian,” kata Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman.
Selain Padzilah, Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir juga hadir pada majlis tersebut.
Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi masih mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan.
Sejajar dengan tagline di Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’, koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.
“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah.
“Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.
“Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa,” katanya.
Dalam pada itu, jenama ini berjaya berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dan Indonesia.
Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) turut dipelbagaikan dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.
Malah selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan lagi persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.
Selain telekung, syarikat itu turut mengeluarkan pelbagai pakaian kelengkapan haji seperti tudung, stokin tangan, jubah dan aksesori menunaikan haji.
Jenama ini juga menghasilkan produk gaya hidup seperti pakaian lelaki dan pakaian wanita, tudung, aksesori, dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.