Hari ini, 22 Ogos 2017 bakal berlangsungnya perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya. Apa yang ditunggu peminat adalah pertembungan epik antara dua jejaka kacak, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan kerabat diraja dari Brunei yang diketuai Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Ketampanan mereka membuatkan KJ dan Putera Mateen bertambah popular dan menjadi kegilaan ramai wanita. 

Lihat sahajalah video viral yang tersebar apabila kaum wanita bertemu dengan Putera Mateen baru-baru ini. 

Namun persoalan kini yang paling penting adalah siapa yagn akan mengungguli acara sukan tersebut?Pastinya masing-masing tidak sabar menanti perlawanan hari ini jam 4 petang. 

Menurut pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim, KJ merupakan menteri yang aktif bersukan dan juga seorang yang berpengalaman dalam sukan polo. Dia juga sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam permainan itu.

KJ VS Putera Mateen. Siapa Pilihan Anda?

KJ VS Putera Mateen. Siapa Pilihan Anda?

IKLAN

Di samping itu, Putera Abdul Mateen bakal berentap bersama kekandanya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, antara dua pemain polo handalan wanita untuk acara ekuestrian polo KL2017.

KJ VS Putera Mateen. Siapa Pilihan Anda?

KJ VS Putera Mateen. Siapa Pilihan Anda?

KJ VS Putera Mateen. Siapa Pilihan Anda?

IKLAN

Berikut adalah senarai barisan enam pemain utama polo Malaysia dan Brunei.

Pasukan Polo Malaysia:

1. Khairy Jamaluddin
2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
3. Muhammad Faizal Abu Bakar
4. Abdul Rashid Hasnan
5. Amran Selamat
6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
7. Mohd Zulhelmi Nadzar

Pasukan Polo Brunei:

IKLAN

1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
2. Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah
3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
4. Pangiran Muda Abdul Qawi
5. Huzaimi Haji Mahari
6. Mohamad Huzaimi Husin

Siapa yang bakal menggungguli sukan tersebut dan anda di team yang mana? Semuanya bakal terjawab hari ini! MH mengucapkan selamat berjaya kepada keduanya.  Di padang kita lawan, di luar kita kawan.

#BangkitBersama

#weareasean

Sumber : Astro Awani

Foto : Instagram KJ & Putera Mateen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI