Sekarang ni banyak betul isu selebriti kantoi dadah. Lepas satu-satu terbuka segala cerita.

Jika terbaharu industri seni tanah air digemparkan dengan berita tentang penangkapan Datuk Farid Kamil ketika cuba mengasari anggota polis dan didapati positif dadah, beberapa nama selebriti lain turut terpalit dengan isu dadah.

Bimbang dengan gaya hidup seperti ini, Persatuan Seniman tidak mahu memandang ringan terhadap isu ini dan bertegas untuk cuba menangani masalah ini.

‘Kita Tetap Akan Buat Operasi Di Set Pengambaran, Tunggu Arahan Sahaja’ – Zed Zaidi

IKLAN

Melalui Harian Metro, Zed Zaidi selaku Presiden Seniman memberitahu pihak Seniman akan tetap meneruskan operasi Ops Sei semua lokasi penggambaran darama, filem dan tempat persembahan untuk memberentas masalah salah guna dadah di kalangan selebriti.

“Cadangan untuk buat operasi ini disambut baik pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Cuma, buat masa sekarang kami masih dalam peringkat perbincangan bila operasi ini bermula.

 

“Dapat saja arahan, kita akan terus buat. Seniman juga tidak akan maklumkan bila dan di mana operasi dijalankan. Jika diuar-uarkan ia bukan operasi namanya.

 

“Namun, pada hari operasi baru kita akan beri taklimat di mana nak diserbu berserta butiran lain.

 

“Kita tetap akan membuat operasi di set penggambaran tetapi buat masa ini masih menunggu arahan kerana ia bergantung kepada pihak AADK.

 

“Operasi ini bukan saja bersama AADK tetapi mendapat kerjasama FINAS bagi memantau perlesenan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP). Jadi, peranan persatuan hanya bekerjasama supaya operasi ini akan berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zed, selaku orang lama dalam industri dia tidak menolak masih ada golongan selebriti yang terlibat dengan penylahgunaan dadah walaupun di lokasi pengambaran.

Bagaimanapun, Zed akui tidak semua seperti itu ia hanya manoriti.

IKLAN

Bagi MH bagus juga jika Persatuan Seniman melakukan operasi membanteras sehingga ke set pengambaran.

Bukan apa, sekurang-kurangnya kualiti selebriti Malaysia terjaga dan memberi kesedaran serta keinsafan kepada mereka yang terlalu leka dan terjebak dengan isu dadah ini.

IKLAN

Sumber : Harian Metro

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI