‘Kita Tak Mahu Keruhkan Keadaan’ – Beego

Rentetan daripada video Nick Mikhail terhadap Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi yang telah dimuat naik ke Facebook, Persatuan Seniman telah mengambil tindakan selanjutnya dengan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam.

beego, aliff aziz

 

IKLAN

Menurut Pengerusi Biro Penguatkuasaan Perlesenan dan Tatatertib Seniman, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Beego yang turut hadir di lokasi, tindakan membuat laporan polis adalah sebagai langkah keselamatan.

“Kita tak nak keruhkan lagi keadaan, negara kita ada undang-undang jadi biarlah kita ambil tindakan mengikut cara yang betul berbanding mengambil tindakan sendiri.

 

“Bagi saya, kes Aliff Aziz itu sebenarnya memang peribadi, hal rumah tangga kami tak mahu campur, tetapi bila ‘dia’ sudah mula keluar kata-kata ugutan memang kami sebagai Pengurusi Biro Penguatkuasaan Perlesenan dan Tatatertib Seniman perlu ke hadapan dan bersuara,” katanya pada MH Online.

Malah Beego juga menganggap kata-kata yang dikeluarkan daripada Nick sangat melampau hingga membuatkan sesetengah artis Malaysia terkesan dengan ketelanjurannya mengeluarkan kata-kata.

“Kata-kata Nick telah buatkan artis-artis kita terkesan. Saya juga terasa. Kalau ikutkan Zed Zaidi langsung tidak tujukan terus pada artis Singapura seperti apa yang Nick maksudkan.

 

“Sebaliknya Zed menggunakan perkataan ‘artis luar’ yang bermaksud sesiapa sahaja tidak semestinya dari Singapura. Tetapi mengapa dia bertindak sebegitu?

 

“Lagi pula di akhir percakapan seperti yang dijadikan isu, Zed tidak bermaksud untuk memukul atau mencederakan Aliff sekirannya dia masih lakukan perkara yang sama. Bagi saya Zed gunakan ayat tergantung di hujungnya. Itu ikut kebijaksanaan seseorang tetapi tidak sangka ada pihak dari seberang yang melatah.

 

“Sebagai seorang dari Persatuan Seniman tidak mungkin kami akan masukkan Aliff dalam penjara mahupun mencederakannya. Maksud Zed sebenarnya, jika berlakunya sekali lagi kami akan ambil tindakan terhadap Aliff dengan memberi khidmat kaunseling atau sesuai dengannya. Tak mungkin kami lakukan pekara yang bukan-bukan,” katanya lagi.

beego, aliff aziz

IKLAN

Malah Beego juga berkata dia terbuka jika ada pihak yang ingin tampil meminta maaf dan berdamai untuk selesaikan masalah ini.

Dalam masa yang sama, Beego turut berkongsi pihak seniman akan melanjutkan laporan ke peringkat seterusnya kerana adalah tanggungjawabnya untuk memastikan artis dari luar negara punyai permit dan pas lawatan ikhtisas sepanjang berkerja di Malaysia.