Ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini baru-baru ini mencoretkan sesuatu seterusnya menitipkan doa yang baik-baik buat anaknya itu.
Harap Kartini, dia berdoa semoga Neelofa terus sukses dan menjadi wanita solehah yang menjadi kebangaan agama serta negara.
“Mama doakan dia terus berjaya dan jadi wanita kebanggan agama dan negara, setiap doa dia Allah kabulkan dan setiap apa hajat dia Allah sempurnakan dan semua impian dia Allah tunaikan asbab kebaikan dia kepada Mama sebagai ibu.
“Semoga cita-cita Love (Neelofa) untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar dan luar biasa Allah nampak dan makbulkan.
“Mama percaya Love mampu sebab dia sentiasa dahulukan hak-hak Allah, suami, ibu dan keluarga. Allah akan dengar doa dia,” tulisnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan Kartini di Insta Stories, baru-baru ini.
Menerusi paparan seterusnya, Kartini menyifatkan bekas hos MeleTOP itu sebagai anak luar biasa.
“Bagi Mama, anak yang bernama Lofa ni sangat luar biasa, kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanan dia. Air mata dia jarang orang nampak.
“Kita semua boleh tengok jihad dia melawan diri dia sendiri ketika di puncak. Dia mula pakai purdah. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula. Dia panggil ustaz tak pernah berhenti untuk upgrade diri.
“Mama tahu setiap satu yang Lofa lakukan hari ini tak mudah untuk Lofa. Tapi Allah hadiahkan Lofa rumah tangga yang bahagia, suami yang baik. Bukti kekuasaan Allah, asbab kebaikan yang Lofa buat selama ini.
“Mama cuma nak Lofa selalu kuat untuk Mama. Mama akan terus berjuang bersama Lofa dan anak-anak yang lain,” coretnya.
Malah, Kartini turut memberikan pandangan mengenai bisnes yang kecintaannya terhadap ibu bapa.
“Kalau Lofa dan bisnes, bagi Mama Lofa sangaf komited dengan kerja dia. Dia bekerja setiap hari siang dan malam tak ada masa rehat untuk diri dia dan komitmen dia tinggi.
“Dia seorang yang hargai masa. Kalau janji jam 10, sebelum 10 dia sudah sampai. Dia sangat kreatif. Bagi Mama, dia ada idea yang di luar kotak. Selalu hasilkan sesuatu yang indah-indah.
“Lofa memang sangat pentingkan kedua orang tua, sebenarnya bukan Mama sahaja. Bagi Mama, untuk Lofa ni, Mama buat bukan sayang dia seorang. Semua anak Mama, Mama sayang.
“Cuma mungkin sebab Lofa paling orang kenal. Mama pun tahu dia ada hadapi saat-saat sukar sebagai ibu. Mama cuma nak hadiahkan sedikit cerita supaya dia tahu ramai sayang dia,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/VotVeLJFcbw
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan usahawan, Neelofa tampil memberikan respon berhubung kisah tular berkenaan sebentuk cincin merisik pemberian keluarga pendakwah bebas, PU Riz yang didakwa telah disarungkannya semula pada jari manisnya.
Lalu secara tidak langsung, ada yang membuat andaian bahawa hubungan di antara mereka masih lagi baik.
Neelofa menjelaskan, wujud banyak salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka.
“Alhamdulillah hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Apa yang terjadi baru-baru ini, disebabkan banyak salah faham serta cerita-cerita yang tidak berasas hingga memburukkan lagi keadaan. Namun hakikatnya hubungan kami okay.
“Tipulah dalam setiap perhubungan tiada salah faham berlaku. Pasti ada pahit manis serta naik turun yang perlu kami lalui bersama. Kami juga sama seperti pasangan lain.
“Tapi syukur kami berdua berjaya menyelesaikan masalah dan cabaran yang timbul dengan berkat bantuan keluarga.
“Selain itu, kami juga banyak berbincang dan berkomunikasi untuk menyelesaikan salah faham yang terjadi. Alhamdulillah hubungan kami semakin baik dan positif,” katanya.
Neelofa berkata demikian pada sesi sidang media pelancaran aplikasi TheNoor yang diadakan secara dalam talian, pada Khamis.
Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn Bhd melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka iaitu TheNoor.
Menurut Neelofa, mengenai perancangan untuk menuju ke gerbang perkahwinan dia bakal kongsikan berita gembira itu dalam waktu terdekat ini.
“Saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insha-Allah. Dalam keadaan sekarang banyak limitnya, sebelum saya betul-betul buat keputusan.
“Saya pun ada hubungi beberapa pihak bagi bertanyakan mengenai kebenaran untuk mengadakan majlis dan sebagainya, tapi banyak persoalan yang tidak jelas jadi saya tak boleh nak kongsikan butiran ini sekarang,” katanya.
Terdahulu, situasi hubungan Neelofa dan PU RIz menjadi perbualan hangat warganet di media sosial apabila status yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa dilihat seakan-akan menyindir seseorang.
Malah foto-foto merisik pasangan itu juga turut dipadam di Instagram hingga menguatkan lagi dakwaan berlakunya masalah dalam di hubungan berkenaan.
Hingga ada yang mendakwa, sehingga hubungan Neelofa dan PU Riz sudah berakhir.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Menurut pengurusnya, Nana Mohamad Rom, Sarah yang sarat hamil 7 bulan sepatutnya memotong gelang kuarantin hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Petang tadi kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans.
“Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya mulai menurun,” katanya.
Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instaram miliknya turut memohon ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.
“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon, Nazrief Nazri iaitu Aziatul Aqma berkongsi khabar mendukacitakan selepas memaklumkan anaknya yang kini baru berusia dua bulan telah pun disahkan positif wabak Covid-19.
Khabar mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Aqma menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Menurut Aqma, pada awalnya, dia dan suami hadir ke hospital untuk menjalankan proses berkhatan untuk anaknya namun, prosedur tersebut terpaksa ditangguhkan akibat jangkitan wabak berkenaan.
“Suppose to do circumcision today for Noah buat sadly my Noah disahkan positif Covid-19. Qema dan husband negative.
“Noah kuat sangat. Buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik and noah takde simptom just berkahak sikit je.
“And still my Noah tak meragam or menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu,” tulisnya.
Bagaimanapun, Aqma yang juga merupakan usahawan memaklumkan dia dan suami negatif wabak tersebut.
Dalam pada itu, Aqma turut menegur beberapa individu yang didakwa tidak menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
“Doakan Noah cepat sihat ye Aunty. Lepas tu nak pesan, nurse kalau jalankan tugas, please follow SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah tapi situation sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.
“Tak cukup dalam bilik, dekat counter nak bayar bills pun nurse datang pegang-pegang Noah. Nasib mommy cepat-cepat buat muka ‘bitchy’ time tu. Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerengga je sekarang ni,” luahnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Aqma memohon jasa baik semua untuk sama-sama mendoakan agar anaknya itu lekas sembuh.
Terdahulu, Aqma telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 21 Julai lalu.
Dia dan Nazrief mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 15 November 2019.
Sumber: Instagram Aziatul Aqma & Nazrief Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...