Seringkali kedengaran ada orang memperlekehkan keadaan fizikal individu lain hanya untuk kepuasan diri mereka sahaja.

Kata-kata panggilan seperti ‘gemuk’, ‘keding’, ‘hitam’, ‘muka pecah rumah’ dan sebagainya merupakan ayat-ayat biasa kedengaran untuk mengejek keadaan fizikal orang lain.

Lebih menyedihkan apabila situasi ini turut diikuti oleh anak-anak hingga menyebabkan kata-kata sedemikian merupakan norma biasa dalam masyarakat.

Kita Rasa Kita Gurau, Panggil Orang Buruk, Gemuk Tapi…’- Nasihat Adam Corrie Kepada Masyarakat

Terpanggil untuk menasihati, pelakon, Adam Corrie memuat naik satu status di laman Twitter miliknya mengenai situasi tersebut.

IKLAN

“Kita rasa kita bergurau je, panggil org buruk, gemuk, muka pecah rumah. Dia nampak macam ok je. Tapi daalm hati dia sedih , rasa down … tiba-tiba rasa kurang berkeyakinan, akibat dari kata-kata kita tu?

“Memang fitrah manusia. Tak suka orang kata dia tak cantik, gelap, bulat, gemuk, keding walaupun dia sedar memang sifat fizikalnya.

“Jadi elakkan sebut fizikal seseorang di depannya. Ia akan melukakan hatinya. Jaga hati org lain kalau kita nak orang jaga hati kita,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Adam juga meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang suka menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan harian mereka.

IKLAN

“Kadang-kadang saya rasa pelik, org yg guna perkataan/ayat makian/ lucah lebih disukai. Adakah ayat makian dan lucah itu perkara biasa bagi orang kita sekarang ni tanpa rasa malu?,” soalnya lagi.

Pada MH, betul apa yang Adam katakan itu. Kalau dilihat cara masyarakat sekarang memang sudah tiada batasnya. Ada masa memang bergurau tapi kalau dah selalu menyebut mengenai fizikal seseorang, tentu akan ada yang terasa kan?

IKLAN

Kita Rasa Kita Gurau, Panggil Orang Buruk, Gemuk Tapi…’- Nasihat Adam Corrie Kepada Masyarakat

Lebih menyedihkan apabila anak kecil yang usianya masih setahun jagung tanpa segan-silu mengejek dan menggunakan kata-kata makian kepada mereka yang lebih tua daripadanya.

Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang? MH harap dengan perkongsian Adam ini dapat membuka mata masyarakat mengenai perkara ini.

sumber: Twitter Adam Corrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI