Tanggal 5 Julai 2014, Rezaimen Keiflin kembali ke rahmatullah setelah bergelut dengan kanser Burkitt Lymphoma.
Lima tahun telah berlalu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan, pelakon dan penyanyi Linda Rafar mengimbau detik-detik akhir hayat anak yang mesra disapa Memen.
Pelbagai kisah dibicarakan daripada ubat berharga RM23,000, wasiat Memen untuk adik-adik sehinggalah bagaimana bermulanya detik ketumbuhan seberat satu kilogram di dalam perut arwah.
“Bagi ubat-ubat, sayur, ada satu Prof ni dia bagi ubat yang boleh mempercepatkan sel kanser tu mati.
“So kita percaya semua tu sampai kita sanggup bayar RM23,000 untuk ubat tu sahaja selama sebulan. Ubat tu untuk sebulan sahaja. So bila lepas sebulan, ubat belum habis lagi Memen kena attact balik.
“Dia tak boleh bernafas, dada dia macam ada tumbuh kelenjar. Tiba-tiba ada bonggol. Kita rasa macam biji angin tapi sebenarnya itu adalah kanser. So bila kita ke HUKM balik doktor kata dah terlambat dan tak boleh diselamatkan, tapi kita try buat chemo,” kata Linda.
Lalu, ibu cekal terus berkongsi kisah.
“Bila chemo pertama tu, dah darah dekat hidung, darah dekat telinga. So macam-macam dugaan la. Chemo kedua dia terus drop, buah pinggang rosak,” jelasnya lagi menerusi sebuah temu bual.
Bekas anggota Elite ini turut memberi kata-kata semangat agar anaknya terus kuat melawan sel kanser yang merebak pada ketika itu.
Ads
“Ajal maut semua di tangan Allah. Kanser tak semestinya mati. Dan hidup tak semestinya yang sihat ni akan hidup lama. Kalau kita keluar rumah pun, kena langgar kereta, kita akan meninggal juga.
“Kita tidur pun, kalau Allah nak ambil nyawa kita, kita akan pergi juga. So kena ingat, kanser ni bukanlah penyebab untuk Memen pergi.
“Memen kena tau, kanser ni, Allah sayang Memen, nak Memen jadi strong sebab Memen ni memang strong boy. Memen punya kanser ni tak kuat, biasa je. Akak bagi semangat dan dia dengar dia ok. Dia positif dan dia sihat balik.
“Dia boleh berjalan, ketawa, bawa kawan-kawan datang hospital borak dengan dia. Akak bawa dia pergi piknik, camping tepi laut bawa family. Dia enjoy, apa dia nak semua akak bagi.
“Sebab akak tau dia macam dah tak lama. Tapi doktor tak cakap tak lama. Akak yang rasa, takut tak lama.”
Cukup menyentuh hati, seolah-olah tahu hayatnya tak lama, anak kedua selebriti ini turut menyimpan pelbagai mainan yang diterima semata-mata mahu mewasiatkan buat adik beradiknya yang lain.
Ads
“Ada charity, dia akan tolak ada present, coklat. Setiap katil dia akan tanya nak apa. Charity setiap Khamis mereka datang hiburkan budak. Memen akan ambil present semua yang underage.
“Dia akan ambil playdoh, lego. So akak hairan dan tanya kenapa tak ambil yang ni? Dia ambil dan simpan belakang katil dia. So next week, dia nak lego dan simpan.
“Hari dia nak meninggal tu, dia panggil adik beradik dia datang, dia bagi wasiat,” beritahu Linda jujur.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Syed Aiman ini turut berkongsi bagaimana permulaan ketumbuhan seberat satu kilogram ditemui.
“Dia memang anak yang tak pernah ada signal sakit, tak pernah admitted pun. So bila doktor cakap Memen ada ketumbuhan dalam perut. Itu yang buatkan Linda rasa ketumbuhan tu apa.
“Memen tak pernah sakit dan bila dia cakap sakit perut, macam maybe angin. Bila jumpa doktor, doktor cakap angin.
Ads
“Dalam masa sebulan, Memen makin teruk, makin teruk tu bukan tak boleh bangun tapi dari segi dia muntah, makan tak boleh terima. Itu yang buatkan Linda rasa cepat, kita pergi ke swasta nak tengok MRI.
“Bila tengok melalui MRI memang ternyata ada ketumbuhan sebesar satu kilogram dalam perut dia. Itu yang buatkan Linda rasa macam Allah nak bagi ujian yang besar. Linda cakap dengan doktor apa yang perlu dilakukan, doktor kata kena cepat operation untuk buang ketumbuhan tu,” jelasnya panjang lebar.
“Ujian Allah sgt kuat.. linda nk share skit moment dpt tau je memen (arwah anak) tiba2 ada cancer stage. just sharing with all my followers the real story from linda.
“Macam mana linda lalui segala ujian berat ini sehingga memen pergi #prayformemen #memenahlisyurga #anakcancer #hukm #novelmenunggumudipintusyurga#menunggumudipintusyurg.
“p/s jom tag or share jika ada family,anak2,suami yg ada cancer.. kita bole bg mereka kata2 semangat serta kekuatan #satulagibylr,” kongsi Linda panjang lebar pada video yang turut disertakan.
Tindakan penyanyi Indonesia, Upiak Isil, 35, yang didakwa membuka hijab mendapat reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Ada yang mengecam seterusnya mempersoalkan keputusan bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu yang kerap memuat naik foto dirinya mengenakan hijab di media sosial sebelum ini.
Akui khilaf, Upiak memohon maaf andai tindakan tersebut mengguris hati mana-mana pihak.
Baginya, dia mempunyai alasan tersendiri namun tetap mendoakan yang terbaik.
“Pertama sekali saya ingin mohon maaf kerana ini pendapat saya dan bukannya mengenai orang lain.
“Saya merasakan bila diri ini sebagai pelawak dan sekiranya saya buat ‘macam-macam ni’ (terkinja-kinja) tapi bertudung, rasanya ia merendahkan tudung itu sendiri. Ini pandangan dan perasaan saya.
“Misal kata saya berguling-guling di tepi jalan untuk kelakar dan buat penonton ketawa… rasanya kita merendahkan tudung kita. Betul tak? Jadi saya ‘simpan’ tudung.
“Malah bagi saya, bila mengenakan baju yang sebegini (pakaian melekap pada tubuh hingga menampakkan figura bentuk badan), sebaiknya biarlah ditutup sebetulnya (menutup aurat dengan sempurna),” katanya.
Ditanya mengenai kecaman yang diterima netizen di media sosial khasnya, penyanyi lagu Tak Tun Tuang ini tidak menafikan perkara berkenaan.
“Ada yang mengkritik, tapi biarlah. Hanya Dia yang boleh menilai hambaNya. Saya tidak akan jelaskan dengan lebih terperinci (sensitif).
“Saya salah… kenapa berhijab lalu dibuka lagi. Kalau belum siap (istiqamah) kenapa pakai. Jadi itulah kalau netizen rasa marah, saja hanya senyap sajalah. Ya kita buat salah,” katanya.
Upiak bagaimanapun tetap berdoa agar diberikan hidayah untuk kembali berhijab seterusnya menjadi insan yang lebih baik.
Dia pada masa sama turut menafikan memakai hijab sebelum ini kerana mahu berkahwin lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Azrul Rafie, Instagram Upiak Isil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai kenyataan yang menyifatkan kebanyakan masalah rogol yang berlaku ketika ini adalah daripada sikap mangsa yang mengenakan pakaian mencolok mata.
Jelasnya, mana-mana lelaki pun tidak akan dapat menahan nafsu mereka sekiranya terlihat wanita yang terdedah auratnya.
“Dah kene rogol tak payah nak salahkan orang yang rogol kaulah. Kalau pakaian kau pon dah buat orang bernafsu dengan kau, bangga tayang body?
“Nk tunjuknya body cantik yang tidak akan kekal lama tu?
“Ape guna Islam suruh tutup aurat betul-betul kalau sendiri tak ikut? Tanyalah laki mana-mana semua akan bernafsu tengok,” tulis seorang individu.
Kenyataan tersebut ternyata mengundang reaksi ramai termasuklah pengacara dan penyampai radio, Hanif Hamzah.
Jelas Hanif, individu berkenaan tidak sepatutnya menyifatkan seluruh lelaki di dalam dunia ini adalah sama kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza.
Malah penyampai radio Era itu turut menambah, tiada gunanya dilahirkan sebagai seorang orang Islam sekiranya kita tidak mampu untuk menjaga nafsu dan pemikiran kita.
“Kau jangan sama kan aku dengan kau. Jangan pukul habis semua lelaki. Aku jaga nafsu aku. Apa guna Islam kalau otak kau kotor,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Hanif selain turut menyifatkan mentaliti tersebut hendaklah diubah.
Sumber: Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tampil lebih kurus berbanding sebelum ini, penampilan Shah Jaszle nyata mengejutkan ramai pihak. Malah perkara tersebut turut diakui sendiri pelakon lelaki berkenaan.
Katanya kepada MH, meski tidak bertemu secara empat mata dengan kebanyakan rakan pelakon selepas tampil lebih kurus, namun ada di antara mereka yang memberi komen di Instagram khususnya.
“Saya belum lagi jumpa kawan-kawan pelakon. Pengarah pun sama. Cuma adalah yang beri komen di Instagram,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai apakah yang diamalkan hero filem Asmara ini agar tampil lebih kurus berbanding beberapa tahun kebelakangan ini, Shah mengakui dia ada mengamalkan diet sihat bersama sebuah klinik.
“Menerusi program berkenaan, saya diminta untuk mengambil menu sehingga 500 kalori saja sehari. Program tersebut berjalan selama 23 hari. Pada awalnya, agak sukar juga untuk amalkan.
“Saya hanya ambil ikan separuh, epal dan sayur,” kongsi Shah ketika ditemui di majlis pelancaran single sulung penyanyi baru, Soll Ahmadd di Neway, One Utama baru-baru ini.
Pada masa sama, Shah juga mengakui dia sudah jarang melakukan aktiviti sukan bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program yang diambil.
“Saya sudah jarang bersukan sebab saya penat memandangkan hanya ambil 500 kalori makanan saja. Bagaimanapun saya masih lagi menjalani penggambaran drama. Sukan saja yang sudah kurang,” terangnya.
Berkongsi berat badannya ketikai ni, Shah mengatakan beratnya kini hanya sekitar 70 kilogram berbanding sebelum ini, berat badan pernah mencecah hingga ke 89 kilogram.
“Cuma sebelum saya amil program tersebut, berat saya dalam 81 kilogram,” akui Shah yang turut membayangkan penampilan fizikal terbarunya ini adalah sebagai persiapan dirinya dalam seni tahun hadapan.
“Sebenarnya hasrat nak kurangkan berat badan ni sejak tahun lalu. Saya banyak lakukan diet dan aktif bersukan. Tapi agak lambat turun. Lalu saya ambil inesiatif untuk ambil program tersebut selepas dipelawa doktor mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shah kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian Jodoh-Jodoh Anissa di samping Izara Aishah dan Cinta Tanpa Henti untuk slot Samarinda di TV3.
Foto: Instagram Shah Jaszle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.