“Kisah Nyata, Dia Terkorban Saat Bawa Baju Pengantin Naik Motor,” – Penjelasan Syarikat Rakaman Bagai Perjelas Bisikan Misteri MV Hashmitha?

Share

Penyanyi baru Hashmitha muncul dengan single pertamanya yang berjudul Takkan Kembali.

Meski mendapat reaksi positif daripada pencinta muzik lokal sejak muzik videonya dilancarkan 15 Mac lalu, namun ada di antara peminat yang mulai ‘rasa seram’ apabila dakwa mereka, terdengar seperti ada suara misteri di dalam video muzik berkenaan.

Menerusi pemerhatian komen yang ditinggalkan di YouTube, netizen mendakwa suara tersebut boleh didengari dengan jelas pada minit ke 2:10 menerusi muzik video yang berdurasi lebih enam minit itu.

Malah ada yang bertanya adakah dia seorang yang perasan dengan kehadiran suara berkenaan.

“Kenapa ada suara berbisik, korang tak perasan ke atau aku seorang yang perasan? Seram beb…,” tulis salah seorang pendengar di samping komen-komen lain.

Bagaimanapun, syarikat rakaman bintang remaja itu, Datu Entertainment tampil memberikan reaksi menerusi ruangan komen sama, minggu lalu.

“Ini merupakan kisah nyata dari salah seorang rakan kami, apabila dia terkorban saat membawa baju pengantin naik motor.

“Semoga arwah tenang disana..teruskan menyokong DATU Entertainment dengan mengkongsikan video ini, komen, like dan subscribe channel ini..terima kasih,” tulis admin Datu Entertaiment.

Sehingga kini, muzik video tersebut sudah pun ditonton hampir 150,000 kali.

IKLAN