“Kiri Tu Saya, Kanan Tu Arwah Abam”- Terlalu Rindu, Ali Puteh Muat Naik Foto Kanak-Kanak Sama Allahyarham Si Abang

Share

Pelawak, Ali Puteh memuat naik sekeping foto ‘throwback’ zaman kanak-kanaknnya bersama abang tercinta, Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey.

Kongsi Ali, dia amat merindui Abam yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

“Andai dapat Ku undurkan putaran dunia…Kiri itu sy..kanan Tu arwah abam…abanggg!! angah rindu abang lah!!

“Mak rindu abang!! Along rindu abang..adik rindu abang..tggu Kami disana ye bang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam masa sama, Ali juga sering berkongsi foto kenangan bersama arwah di Instagramnya.

Terdahulu, Allahyarham Abam, 32, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

Video : Instagram Ali Puteh

IKLAN