Di kala seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membataskan segala rutin termasuk urusan perniagaan, timbul pelbagai tohmahan terhadap segelintir netizen yang dilihat menggunakan kesempatan ini untuk memasak untuk keluarga, kemudian berkongsi di laman sosial.
Golongan individu berkenaan didakwa tidak sensitif dan tidak menjaga hati segelintir yang bergelut dengan masalah kewangan.
Ulas Fedtri Yahya, mengapa perlu ‘mengintai’ kehidupan orang lain dan mengecam tindakan seseorang menjalani kehidupannya bersama keluarga.
Tegasnya, Allah telah menetapkan rezeki yang berbeza terhadap semua hamba-Nya dan bersangka baiklah sesama insan. Tidak perlu membandingkan diari hidup orang lain dengan kehidupan diri sendiri.
“Bayangkan! Anda masuk ke rumah orang tanpa diundang, kemudian maki-maki kenapa orang tu masak sedap-sedap sedangkan anda ….
“Samalah juga. Kita asyik ‘merayau’ ke laman peribadi orang lain, lepas tu sibuk nak kecam orang tengah masak, kecam orang tunjuk makanan dengan hujah: kasihanilah orang yang tak mampu! Rezeki orang berbeza-beza. Sangka baik. Ramai yang suka sedekah dan tak hebahkan.
“Salahnya kita! Sibuk nak mengintai diari hidup orang lain, akhirnya diri sendiri yang sakit sebab kehidupan dilihat tak seindah orang lain. #muhasabah #jagahati,” jelasnya.
Terdahulu, tular di laman sosial apabila segelintir netizen mengkritik rakyat Malaysia yang didakwa tidak pandai berjimat dan tidak menjaga sensitiviti keluarga lain yang kesempitan kewangan apabila sering memuat naik pelbagai hidangan masakan di rumah.
Malah isu menggunakan tepung dan telur untuk membuat kek dan kopi viral turut didakwa sebagai pembaziran kerana terdapat negara lain mencatu dua bahan utama itu untuk meneruskan kehidupan.
Apa-apa pun, sila berhemahlah dalam berbelanja.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid meluahkan rasa syukur apabila kehadiran putera sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini telah mencecah usia satu tahun.
Dalam pada itu, peserta Dewi Remaja 2015 itu turut menitip ucapan buat Raden agar membesar menjadi anak soleh dan baik.
“Putera mommy. Always ingat pesan mommy ni kay.
“Dari Rafael dalam perut mommy, mommy always doa untuk Rafael.. mommy doa agar Rafael mempunyai keperibadian yg baik.. seorang yg penyayang.. penyabar.
“Mempunyai hati yg mulia.. yg bertangungjawab.. dermawan.. rajin… sopan santun.. yg jujur.. ilmu tinggi.. always bantu orang., jgn sombong.. positive and be a good leader.
“Rafael besar nanti Rafael sentiasa ingat kat mommy, sentiasa jaga mommy, sentiasa protect mommy, sentiasa hormati mommy… Mommy yakin Rafael ni seorang ank yang soleh.. anak yang baik dan Rafael jd contoh kpd semua org,” titipnya.
Mawar pada masa sama turut mendoakan agar permata hatinya itu membesar jadi anak soleh.
“Mommy nk Rafael jadi yg terbaik, besar nanti jaga isteri and anak2 mcm mana Rafael jaga mommy.. jaga mereka.. berlembut dgn mereka.. fahami mereka.. didik mereka sebaiknya sayang..
“Insyaa’Allah Allah S.W.T akan beri keberkatan dlm hidup dunia akhirat Rafael. Mommy syg sgt2 kat Rafael my first born.. love you putera mommy,” tulis Mawar lagi.
Terdahulu, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 dan dikurniakan anak sulung, Raden Muhammad Rafael yang dilahirkan pada 13 Mac 2019.
Dalam perkembangan lain, bintang Tq Captain itu telah mengeluarkan produk sendiri di bawah jenama Mawarose.
Foto : Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengambil tanggungjawab menyebarkan maklumat dan pengorbanan kakitangan barisan hadapan yang berjuang menentang wabak Covid-19, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup beremosi dengan seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban yang dikenali sebagai Nurul.
Jelas Nurul, dia dipinjamkan daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit Covid-19 di Malaysia. Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.
Dan atas sebab itu, jelas Nurul, kebanyakan frontliner terpaksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan. Tambahnya lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pesakit mendapat rawatan sepenuhnya.
Tidak mampu menahan sebak tatkala menyentuh perihal anak, jelas Nurul, dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka. Malah, Pak Nil turut terkedu saat Nurul menyatakan statusnya sebagai ibu tunggal.
“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya merupakan ibu tunggal.
“Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka selalu akan bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan bersama. Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda. Kami sendiri tiada kepastian bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.
“Bukan tidak takut terkena jangkitan namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana kita harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan merawat pesakit ialah saya mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.
“Ayah berpesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat untuk anak-anak.
“Namun ada frontliner yang punya anak-anak yang masih kecil terpaksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risikokan nyawa anak. Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan diri. Kita kena berjuang sehingga wabak ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.
Nurul turut menitipkan pesanan buat dua anak lelakinya dan berjanji akan pulang selepas semuanya tamat.
“Ibu harap semuanya akan berakhir dengan cepat, ibu akan balik ambil anak-anak ibu dan akan peluk kamu setiap malam. Ibu janji ibu akan balik. Doakan ibu terus kuat,” katanya menahan sebak.
“FRONTLINER YG TERPISAH DARI ANAK KECILNYA 😭
Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil,” kongsi Pak Nil.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.