Tiada kata yang mampu untuk digambarkan selain rasa syukur kepada Allah SWT diatas segala kurinaannya yang tidak ternilai.

Demikian luahan pelakon, Tasha Shilla selepas memaklumkan dirinya kini sedang hami nak kedua.

“Khabar Gembira Buat Kami…,” – Tasha Shilla Umum Hamil Anak Kedua

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Ariana Rose itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

“Assalamualaikum whbth. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik In shaa Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tasha juga turut dilihat berkongsi foto imbasan ultrasound buat tatapan para pengikutnya.

IKLAN

“Khabar Gembira Buat Kami…,” – Tasha Shilla Umum Hamil Anak Kedua “Khabar Gembira Buat Kami…,” – Tasha Shilla Umum Hamil Anak Kedua

Dikesempatan itu juga, bintang berusia 35 tahun ini turut menitipkan doa semoga segala urusan para pasangan suami isteri yang kini sedang menantikan detik kelahiran cahaya mata sulung akan dipermudahkan

“Take care semua, stay healthy dan semoga berjaya dunia akhirat .

“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yang masih menanti , semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT. Aaaminnn Yaa Rabbal Alaminnn,” kongsinya lagi.

“Khabar Gembira Buat Kami…,” – Tasha Shilla Umum Hamil Anak Kedua

IKLAN

Melihat di ruanan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Tasha dan kandungannya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Congratulations!! Yay!! Raees dapat adik,” luah Zahirah Macwilson teruja.

“Syukur alhamdulillah. Congratulations Tasha,” balas YM Syamim Farid.

“Alhamdulillah Congratulations dear @tashashilla , please take a good care of yourself.

IKLAN

“Alhamdulillah, Congrats dear and take care,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Khabar Gembira Buat Kami…,” – Tasha Shilla Umum Hamil Anak Kedua

Sekadar informasi, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung bernama Raees Zander yang lahir pada 25 April 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Tasha Shilla

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI