Kini sedang hamil lapan bulan, Datin Seri Shahida meluahkan rasa sebak apabila anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi tidak puas bermanja memandangkan bakal menerima adik tidak lama lagi.
Malah, usahawan ini turut menjelaskan akan berhenti mengandung sebelum usia 35 tahun untuk memberikan fokus sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak.
“Yusoff happy bila dekat dgn mama…..kesian yusoff x lama lagi nak adik,x puas nak manja…ramai2 anak ni yg paling dekat saya bersalin beza setahun je….kenapa dekat??
Ads
"Sebab saya dah target last saya akan bersalin sebelum umur saya 35 tahun…lepas ni nak fokus besarkan anak2 je.
“Malam2 sekarang yusoff tidur dgn saya,nanti ada adik pun sama jugalah tidur sekali dgn adik dan mama…..sebab pagi2 wajib gomol dia sebab dia akan bangun dan terus senyum……sambil sebut nak tengok na na na (didi & friend),” jelasnya yang kini berusia 34 tahun.
Terdahulu, Shahida dan suaminya, usahawan selebriti Datuk Seri Aliff telah berkahwin pada Ogos 2007.
Ads
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta mengambil seorang anak angkat.
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui dia rasa terharu dan terkejut apabila menerima anugerah The Primadona Achievement Awards di Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.
Atas jasa serta komitmen terbaiknya dalam lakonan, bintang berusia 45 tahun itu akhirnya diiktiraf dengan penghargaan yang julung kali seumpamanya.
“Saya pun terkejut dengan pengiktirafan ini, apa pun saya percaya ini adalah untuk teruskan kita punya semangat seterusnya memberikan yang terbaik khasnya dalam lakonan.
“Pertama kali raih anugerah atas nama ‘primadona’,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada status sebagai primadona adalah suatu yang berat untuk digalas, bintang yang unggul merangkul dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ini menjelaskan, gelaran yang diberikan itu lebih kerana rasa amanah serta tanggungjawab.
“Saya rasa gelaran itu adalah satu amanah dan tanggungjawab. Bagi saya, ia sama sahaja. Pembawakan atau tangunggjawab itu tetap sama cuma pengiktirafan secara rasmi atau tidak sekalipun, saya tetap kena jaga apa yang patut.
“Kerja kuat itu tetap ada, serta sumbangan kita dari semasa ke semasa,” tambah Erra yang turut menyifatkan dirinya beruntung kerana sentiasa punya peminat yang menyokong.
“Saya rasa saya beruntung kerana adanya perminataan. Kalau ada perminataan, maknanya saya ada kerja yang perlu dilakukan, sekaligus buatkan peminat ‘nampak’ saya masih ada dalam industri.
“Pada masa sama, kita pun sudah sayang dengan apa yang dilakukan. Kata orang sekali kaki sudah melangkah, kita kena teruskan dan berikan yang terbaik. Tambah lagi dengan kepercayaan dari peminat buat kita, itu yang kena jaga.
“Kadang-kadang kalau kita tidak ada produk, peminat yang mahukan itu dan ini. Jadi ia lebih kepada satu tanggungjawab. Resipinya adalah kerja kuat dan cuba untuk tidak senyap.
“Sebagaimana peminat sokong kita, selama itulah kita kena buatkan mereka yang sokong kita itu gembira,” akhirinya.
Selain Erra, beberapa selebriti lain seperti Datuk Ramli MS, Datuk Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, Shuib dan Zara Zya turut menerima anugerah lain menerusi kategori berbeza.
Awal semalam, vokalis kumpulan Xpose, Furhan atau nama sebenarnya, Ahmad Khairul Furhan ada meminta doa ramai agar mendoakan kesihatan bapanya, Zahari Ismail yang kini telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Berita tersebut dimaklumkan bintang ini menerusi Instagram, selain turut berkongsi foto sama di IG Story miliknya.
“Assalamualaikum… Dengan rasa rendah diri saya mintak semua mendoakan kesihatan Abah saya Cikgu Zahari bin Ismail yang mengalami jangkitan kuman di paru paru.
“Sekarang berada di Hospital Besar Kuala Terengganu.
“Mintak semua doakan kesejahteraan dan kesihatan Abah.
“Abah jarang sakit..tak pernah masuk hospital selama saya hidup 27 tahun..doakan abah saya ye…,” tulis Furhan di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat terus menitipkan dedikasi serta mendoakan agar bapa penyanyi ini segera sembuh.
Foto: Instagram Furhan Xpose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!