
Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Dato’ A. Tamimi Siregar sekali lagi berjaya menambat hati barisan juri menerusi persembahannya pada saingan konsert minggu kedua, malam tadi.
Menerusi lagu Jangan Ditanya, nyanyian asal Ismail Marzuki, Tamimi berjaya meraih markah keseluruhan tertinggi sebanyak 73.98 peratus.
Sementara itu, Maria Tunku Sabri, Rashdan Baba dan Mubarak Majid masing-masing berada kelompok tiga terbawah dari segi kutipan markah iaitu masing-masing dengan 53.48%, 49.06% dan 45.06%.
Bagaimanapun, Maria yang membawakan lagu Hatiku Kau Guris Luka nyanyian asal Sweet September, menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan.
Berikut adalah markah keseluruhan bagi kesemua peserta;
Baca Artikel Lain;
Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman sementara kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.
Maestro muzik, Dato’ Ramli MS diundang sebagai juri jemputan minggu ini.
Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan oleh panel juri profesional, manakala baki
20 peratuslagi diperoleh menerusi undian penonton secara dalam talian.Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.
Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.