Pelakon Eyra Hazali memaklumkan tindakan seorang guru difahamkan membaling buku kepada pelajar hingga terkena anak saudaranya, yang dikenali sebagai Iqie telah mencetuskan kemarahan kepada dirinya.

Malah, ada peminat yang turut tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan yang dikatakan agak keterlaluan.

Pada masa sama, bintang Nur 2 ini mengakui terkejut dengan apa yang berlaku memandangkan ia adalah kejadian pertama kali seumpamanya berlaku terhadap mana-mana ahli keluarga.

“Sudah pastilah saya terkejut sebab pada awalnya bagi saya semua orang pernah kena hukum dengan guru sekolah masing-masing. Akan tetapi bagi saya cara yang boleh digunakan adalah rotan atau denda bagi murid bermasalah.

IKLAN

“Bukanlah sampai tahap baling buku hingga menyebabkan kecederaan. Ia mencetuskan kemarahan saya kerana tidak pernah lagi terjadi kepada mana-mana ahli keluarga,” jelas Eyra.

Kongsinya lagi, dia telah membuat laporan polis terhadap insiden berkenaan.

IKLAN

“Alhamdulillah guru terbabit sudah pun mohon maaf tetapi kami tetap membuat laporan polis supaya guru itu tidak lagi mengulangi perkara sama.

“Meski difahamkan guru tersebut mahu baling buku kepada pelajar lain, tetapi perkara itu tetap tidak sepatutnya berlaku,” kongsi Eyra yang turut bimbang ia hanya akan menyebabkan trauma kepada para pelajar lain.

IKLAN

Terdahulu Eyra ditemui di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pada malam kemuncak itu, bintang Mr.Grey ini diumumkan sebagai Artis Baru MeleTop.

Beberapa minggu lalu, bintang muda ini ada mempersoalkan tidnakan seorang guru yang cuba menghukum pelajar sehingga menyebabkan kecederaan. Perkongsian yang menimbulkan reaksi pelbagai netizen itu diluahkan Eyza menerusi laman Twitter.

Foto: Instagram/Twitter Eyra Hazali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI