Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter pada Khamis, seorang individu yang menggunakan akaun @amerhadiazmi memuat naik hantaran yang memaparkan kenderaan dipercayai milik pengarah dan pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang yang didakwa telah disimbah asid dan cat merah.

Menerusi insiden sama, turut dikongsikan ialah  beberapa keping nota ugutan bunuh yang sekaligus tular di media sosial.

“Paint and acid thrown on Mentega Terbang director and actor’s cars by assailants who also left death threats against them and family,” tulisnya pada ciapan terbabit.

Perkongsian tersebut sekali gus mendapat respon daripada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengecam tindakan tersebut.

IKLAN

“Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan-ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.

“Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.

IKLAN

‘Ikut undang-undang, jangan ambil tindakan sendiri,” tegas beliau.

Malah pelbagai reaksi turut dikongsi wargamaya susulan insiden yang berlaku.

IKLAN

Terdahulu pada awal bulan ini, tular di media sosial mengenai naskhah berkenaan yang didakwa mempromosikan pluralisme kerana terdapat unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam sehingga mencetuskan perdebatan hebat ramai pihak.

Difahamkan pihak produksi dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memaklumkan bahawa platform penstriman Viu telah menghentikan tayangan filem tersebut pada 27 Februari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI