Mengulas isu setia seorang lelaki, pelakon Betty Banafe dari sudut pandangannya merasakan, tiada istilah setia bagi seorang lelaki.
Maklumnya lagi, fitrah lelaki dan wanita itu hakikatnya sangat berbeza.
Lalu atas sebab itulah, ibu tunggal ini menasihati wanita di luar agar mencari lelaki yang berakhlak dan bertanggungjawab untuk dijadikan suami.
“Setiakah seorang lelaki? Apa kata wanita? Lanjutan boleh ditonton di tonton.com, dalam wanita hari ini, Isnin 12pm. 13 january 2020.
Ads
“What can i say they are no such things like SETIA on man. Fitrah lelaki langsung tidak sama dengan wanita. Carilah lelaki yang berakhlak dan bertanggungjawab.
"Keikhlasan adalah fondemental perhubungan. Kalau nak sayang., letak Allah dulu baru dia. Kerana lelaki ciptaan Allah yang sering berubah ubah hatinya.
Ads
“Teras hubungan yang berpanjangan adalah saling memaafi, memahami pemikiran masing masing, menghormati pandangan dan bertoleransi.
Love Betty Banafe,” ulasnya.
Selepas tular dakwaan perkahwinan pengasas Moon Cake, Haziqah Nurul Huda Harun atau Yaya yang didakwa telah berkahwin secara rahsia di Thailand, sebagaimana yang diperkatakan menerusi media sosial, Mahyudin Noral Azhar yang dikenali sebagai Azhar tampil membuat kenyataan di laman Facebook miliknya.
Difahamkan, Mahyudin merupakan suami kepada Suhana Hamzah, iaitu wanita yang mendakwa Yaya bercinta dengan suaminya menerusi media sosial.
Jelas lelaki berkenaan, dia tampil menjernihkan keadaan dan menyatakan dia dan Suhana masih lagi bergelar suami isteri.
Mahyudin turut menafikan dakwaan dia telah menceraikan isteri.
“Assalamualaikum.. setelah hampir 3 bulan saya deactivate fb.. hari ni saya terpaksa aktivkan kembali fb disebabkan terlalu banyak pertanyaan kepada diri saya.
“Yang bukan bermaksud diam atas sebab dayus cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikut.
“Utk makluman, saya dan juga isteri (Suhana Hamzah) masih sah dalam ikatan sebagai suami dsn isteri dan bagi kenyataan berkaitan penceraian kami, itu adalah tidak benar.
“Sebagai seorang suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama skali tidak pernah di abaikan sama juga terhadap anak2.
“Bagi isu saya memukul atau mengabaikan beliau adalah tidak benar sama skali, saya masih melayan beliau sama dan tidak mengabaikan mana2 tanggungjawab dri segi zahir dan batin dan masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yg diviralkan,” jelasnya.
Katanya lagi, dia telah mengenali Yaya beberapa tahun lalu dan telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan wanita itu kepada isteri namun ditolak.
Pada masa sama, dia turut menegaskan tiada sebarang ikatan perkahwinan antaranya dengan wanita berusia 23 tahun itu.
“Berkenaan situasi saya dgn yaya, saya akui setelah mengenali beliau buat beberapa tahun yg lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama dan setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau atas asbab memperlihatkan keakraban di antara mereka berdua yg sngat2 rapat dan selesa juga melihat akan keikhlasan beliau yg bnyak membantu saya dalam menaikkan lagi perniagaan yg dimiliki oleh saya.
“Namun dari situ saya tidak pernah mengabaikan isteri saya dan selaku sebagai seorang suami, saya telah meminta keizinan terhadap beliau untuk memperisterikan yaya…dan atas dasar beberapa sebab yg berlaku termasuklah hasutan orng sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yg diviralkan,” tambah lelaki ini.
Azhar memohon agar isu ini tidak lagi diperbesarkan dan memohon maaf atas segala yang berlaku.
“Saya mohon untuk pihak2 netizen agar berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur bagi urusan kami dalam berumahtangga.
“Bagi isu yg diviralkan buat beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang kesalahfahaman dan tindakan bagi mana2 pihak yg mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej mana2 pihak berkaitan kes tersebut.
#lelakiMUKAseliparCROC,” kongsinya menjelaskan keadaan yang berlaku.
Terdahulu, tular di media sosial apabila Hana membuka kisah rumah tangganya untuk tatapan netizen dan mendakwa Yaya secara rahsia telah menjalin hubungan cinta dengan suaminya.
Malah dakwa Hana, pasangan ini telah berkahwin di Thailand pada 6 Januari lalu.
Foto : Facebook Baa Azhar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya cubalah tapi tidak mendapat apa-apa reaksi,” itu kata pelakon dan penyanyi, Ning Baizura apabila ditanya sama ada dia cuba menghubungi Datin Paduka Marina Mahathir bagi mendapatkan pandangan sebelum mendukung watak sebagai aktivis sosial itu menerusi filem Mahathir The Journey.
Malah akuinya lagi, dia turut cuba menghubungi Marina menerusi platform media sosial selain cuba berusan menerusi panggilan telefon.
“Saya hubunginya di Twitter dan telefon tapi tak dapat reaksilah.
“Sebagai pelakon yang melakonkan watak yang bukan fiskyen, seorang yang masih lagi hidup…Saya cuba hubungi tapi saya tak mendapat respon yang positif.
“Tidak mengapalah, saya lakukan kajian sendiri selain cuba dalami karektornya menerusi medium lain,” katanya Ning yang turut menyifatkan apa yang ditulis Marina menerusi media sosialnya adalah pandangannya sendiri dan menghormatinya.
Bintang yang sinonim menerusi lakonannya dalam Malaikat Di Jendela itu bagaimanapun turut menyifatkan filem ini mengangkat kisah perdana Menteri yang dikagumi semua orang dan Marina adalah sebahagian dalam keluarganya.
Ditanya apakah yang menarik perhatiannya untuk terlibat di dalam filem berskala besar ini setelah lama tidak muncul di layar perak, Ning menjelaskan kelainan watak yang diberikan memberi peluang buatnya untuk mencabar diri, cuba sesuatu yang baru.
“Kebanyakan yang terlibat dalam filem ini pun ‘otai’, jadi ada juga yang saya belajar dengan mereka. Pada masa sama, saya ada belajar lenggok badan serta gaya Marina menerusi YouTube juga.
“Masa tahu saya dapat watak Marina, saya terus cuba buat kajian sekitar tiga bulan jugalah sebab pada awalnya tidak percaya dapat pegang watak individu yang dikenali dan masih lagi hidup.
“Watak ini yang menarik perhatian kerana rasanya sudah lama saya tak berlakon filem selain cabarannya yang berbeza dari apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Meski pada awalnya saya sangka ini adalah filem yang berunsurkan politik semata, tetapi bila pengarahnya, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dedah beberapa kali skripnya diubah suai dan dikemas kini, bila bacanya balik ia menarik perhatian saya.
“Ia bukan ‘Ning Baizura’ langsung. Jadi itu pun sudah jadi satu cabaran. Anak kepada Tun M. Dalam filem ini dia agak tegas. Ketegasan itu ialah apabila dia cuba untuk tegakkan keadilan keluarga. Dia kalau boleh mahu bapanya buat sesuatu dengan lebih baik.
“Itu tugas saya untuk watak tersebut dalam filem ini. Dia yang bantu dari segi skrip, ceramah bapanya. Ada elemen dramanya di situ,” jelasnyalagi.
Terdahulu, Ning ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Hotel tersebut turut melakar memori tersendiri apabila ia menjadi lokasi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sidang media tergempar semasa malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 10 Mei 2018 lalu.
Filem Mahathir The Journey mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Selain Ning Baizura membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).
Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini menelan belanja sekitar RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan pada Julai depan.
Difahamkan sekitar November tahun lalu, anak sulung kepada perdana menteri itu tampil menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga yang lain tidak mengetahui mengenai filem Mahathir The Journey.
Menerusi laman Twitter, Marina turut berkata dia hanya mengetahui kewujudan wataknya dalam filem itu melalui media.
Bagaimanapun, penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd iaitu Yusuf Kelana berkata projek filem itu akan tetap diteruskan meskipun tidak menerima persetujuan daripada mana-mana watak terlibat.
Ini kerana pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah skrip filem ini melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun menerima jemputan untuk menghadiri sesi uji bakat daripada penerbit eksekutif dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina, pelakon Amir Ahnaf berpendapat dirinya masih belum bersedia untuk menggalas watak ikonik, Hang Tuah menerusi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).