Kerana 1-0, Haziq Nadzli Dan Kekasih Jadi Mangsa Buli Siber

Fuhh, memang hebat betul netizen zaman sekarang. Sekelip mata sahaja mereka dapat segala maklumat. Itulah yang terjadi pada kekasih penjaga gol negara Haziq Nadzli.

Mungkin kerana terlalu marah dan geram dengan kesilapan yang dilakukan penjaga gol ini sewaktu perlawanan semalam di mana Malaysia menentang Thailand, ramai netizen cuba mencari segala info tentang Haziq.

Walaupun permainan bola sepak belum tamat, sudah ada beberapa individu yang berkongsi gambar-gambar Haziq bersama kekasihnya sehingga ia menjadi viral.

>INSERT GAMBAR<

Malah lebih kesian, netizen turut menyalahkan kekasih Haziq yang dikenali sebagai Nurfarisha menjadi punca utama mengapa pasangannya hilang fokus ketika perlawanan.

IKLAN

Kebanyakan mereka menggunakan ayat popular yang pernah diguna pakai dalam sebuah filem tempatan…

“Ada tiga perkara yang boleh menjahanamkan negara. Satu, ‘chinggey’ (perempuan),”

Namun tidak semua bersetuju dengan kata-kata sebegini dan menganggap tindakan ia langsung tidak melambangkan slogan #BangkitBersama yang ditekankan sempena Sukan SEA 2017.

Malah segelintir mereka turut kasihan dan memberi simpati terhadap apa yang dilalui oleh kekasihnya itu.

IKLAN

Bagaimana pun, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab memprovokasi keadaan telah menerima beberapa teguran daripada pihak Facebook malah gambar-gambar penyebarannya juga telah ditarik balik dan dipadamkan serta merta atas aduan yang diterima.

Hmmmm MH Online harap lepas ni tiada pihak yang memprovokasikan lagi pasangan ini. Adat permainan ada kala kita menang dan adakalanya kita kalah.

Malah ketua jurulatih B-22 pun ada mengeluarkan kenyataan kesalahan yang dilakukan oleh Haziq itu tidaklah besar dan normal buat setiap penjaga gol. Jadi ayuh #BangkitBersama.