“Mereka adalah peserta yang paling tekun.” Itu reaksi juri tetap program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Datuk Ramli MS terhadap para bintang yang menyertai program hiburan berkenaan, tahun ini.

Bagaimanapun, Ramli mengakui setiap penyanyi itu diadili berdasarkan peringkat nyanyian masing-masing dan kerana itulah prestasi markah yang diberikan buat peserta tahun ini agak rendah jika dibandingkan dengan musim terdahulu.

Kenapa Markah GV7 Lebih Rendah Kalau Dibandingkan Musim Dulu? Ini Penjelasan Ramli MS

“Apa yang anda dengar dan apa yang anda dapat, itulah (pungutan markah). Pada saya, ia adil.

“Kalau anda ‘perform’ 10 saya bagi 10, kalau 15 saya bagi 15. Tidak lebih dan tidak kurang.

“Di dalam seni, kita ada level. Ya mereka tekun, akan tetapi kalian boleh tengok… ini bukan nak buat perbandingalah, tapi macam mana dengan Azharina bila menyanyi (peserta GV musim ketiga) dan Mus,” katanya.

Kenapa Markah GV7 Lebih Rendah Kalau Dibandingkan Musim Dulu? Ini Penjelasan Ramli MS

IKLAN

GV7 menabalkan Cliff Umar sebagai juara memperolehi markah sebanyak 71.42 peratus berbanding dua juara tahun lalu, Naqiu dan Hady Mirza yang masing-masing berkongsi markah sama iaitu sebanyak 87.00 peratus.

“Anda sendiri boleh nampak mana yang perlu dapat 90 atau 70 (markah). Itu bukan merendahkan tetapi setiap orang ada peringkat masing-masing secara individu,” jelasnya ketika sidang media.

Ramli turut menjelaskan, penilaian juri profesional bagi menentukan juara dan kedudukan seterusnya juga adalah berdasarkan kepada persembahan mutlak malam tadi.Kenapa Markah GV7 Lebih Rendah Kalau Dibandingkan Musim Dulu? Ini Penjelasan Ramli MS

Terdahulu, Cliff, 38, berkata, kejayaan yang diperoleh adalah untuk semua yang terlibat dalam program hiburan tahunan itu.

IKLAN

“This one is not belong to me tapi untuk semua orang yang menjayakan program ini dan semua orang yang bekerja keras setiap minggu.

“Saya memang peminat abang Muss, Kak Ani dan semua orang, ” katanya dalam ucapan sejurus dinobatkan sebagai juara.

Kemenangan itu melayakkan vokalis Projek Pistol itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.

IKLAN

Kenapa Markah GV7 Lebih Rendah Kalau Dibandingkan Musim Dulu? Ini Penjelasan Ramli MS

Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit.

Tempat keempat menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Kesemua peserta membuat persembahan menerusi tugasan nyanyian solo dan duet serta pusingan ‘battle’.

Selain Ramli, Datuk Khadijah Ibrahim turut berada di posisi juri tetap sementara Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi rap, Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan.

Foto: Astro (Azrul Rafie)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI