Wah nampaknya baru-baru ini program Meletop mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana tetamunya, malah pengacaranya juga menjadi salah satu perbualan hangat oleh para penonton.

Pernahkah kamu terbayang bagaimana seorang Imam Muda cuba mencabar kemampuan diri mengacarakan sebuah program berkonsepkan hiburan?

Keluar Dari Zon Selesa, Imam Muda Asyraf Dipuji Netizen?

Bukan calang-calang, memang harus dipuji keberanian Imam Muda Asryaf yang telah muncul mengacara untuk program bual bicara tersebut bagi mengantikan tempat Nabil Ahmad yang telah bercuti selama 2 minggu.

IKLAN

Bukan keseorangan, IM Asyraf juga telah digandingkan dengan penyanyi terkenal Siti Nordiana bagi mengantikan tempat Neelofa.

Menerusi komen-komen dan respons pengguna sosial media, rata-rata mereka memberi pujian terhadap kebolehan IM Asyraf mengendalikan sesuatu yang luar dari jangkaan orang ramai.

Keluar Dari Zon Selesa, Imam Muda Asyraf Dipuji Netizen?Keluar Dari Zon Selesa, Imam Muda Asyraf Dipuji Netizen?Keluar Dari Zon Selesa, Imam Muda Asyraf Dipuji Netizen?

IKLAN

Melihat respons-respons positif dari masyarakat, IM Asyraf memberitahu dirinya langsung tidak menyangka kemunculannya itu mendapat pujian ramai.

“Terus-terang, apabila pihak produksi meminta saya menggantikan Nabil yang ketika ini sedang mengerjakan umrah, untuk mengacarakan Meletop, saya cuba menolaknya dengan baik.

 

“Selain tidak sesuai dengan imej saya yang lebih kepada program bercorak keagamaan, saya juga bukanlah orang yang pakar mengenai industri hiburan tanah air.

 

“Bagaimanapun, selepas mereka meyakinkan konsep program pada malam itu bukanlah menjuruskan kepada gosip semata-mata, selain pengisiannya juga bersesuaian dengan Ramadan, saya menerimanya.

 

“Memang saya risau dengan komen penonton dan saya juga takut dikecam. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila 90 peratus daripada komen diterima menyukai apa yang saya tampilkan dalam program.” Katanya apabila ditemuramah.

Apa pun kami sentiasa percaya IM Asyraf mampu lakukan apa sahaja dengan sebaik mungkin. Malah tidak di sangkal lagi kebolehan dirinya mengacara sesuatu program.

IKLAN

Malah tidak dinafikan, Imam Muda yang mempunyai dua orang anak ini punyai auranya yang tersendiri sehinggakan ada beberapa polling yang dilakukan berpihak padanya.

Keluar Dari Zon Selesa, Imam Muda Asyraf Dipuji Netizen?

Sumber : Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI