
Kejutan istimewa buat peminat apabila penyanyi dan komposer terkenal, Noh Salleh bakal membuat penampilan khas dalam konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ‘Violet Skies Live In Arena Of Stars pada 5 dan 6 Julai depan di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Gabungan dua nama besar dalam industri muzik ini pastinya menjanjikan sesuatu yang luar biasa dan berbeza, menambah elemen kejutan serta kelainan dalam persembahan yang dinanti-nantikan.
Umum Di Instagram
Pengumuman tersebut dikongsikan menerusi hantaran terbaharu penyanyi lagu Jerat Percintaan itu menerusi Instagram.
“Teka-teki siapakah artis yang akan membuat penampilan istimewa untuk konsert Siti Nurhaliza di Arena Of Stars, akhirnya terjawab.
“Siapa lagi kalau bukan Noh Salleh iaitu penyanyi, penulis lagu, dan pemuzik yang dikenali dengan karya-karya yang bersifat eksperimental serta penuh dengan identiti seni tersendiri,” tulis pada kapsyen yang tertera.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat tidak sabar untuk menantikan apakah kejutan yang bakal disajikan dua figura popular itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kakitangan Hospital Menangis Kongsi Keadaan Di Amerika Syarikat, Harith Iskandar Berkongsi Video ‘Frontliner’. Cukup Sentuh Hati…

Pelawak, Harith Iskander berkongsi sebuah video menggambarkan keadaan sukar yang sedang melanda Amerika Syarikat.
Video tersebut merakamkan kata-kata wanita yang bertugas yang difahamkan bertugas sebagai jururawat, terpaksa berhenti kerja kerana mengakui akan risiko jangkitan yang berlaku.
Ini kerana, dia mendakwa petugas hospital tidak disediakan dengan alatan perlindungan secukupnya bagi merawat pesakit.
Jelasnya sambil mengalirkan air mata, dia ditugaskan merawat seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 di Unit Rawatan Rapi, namun tiada seorang pun kakitangan hospital dibekalkan dengan topeng muka.
Lebih menyedihkan, kesemua kakitangan didakwa turut berhubung rapat antara satu sama lain tanpa sebarang alatan perlindungan diri.
Jelas wanita itu lagi, dia faham akan kekurangan peralatan, namun dia juga harus melindungi diri dan keluarga daripada terkena jangkitan.
Katanya, keadaan tidak akan bertambah baik melihatkan bagaimana Amerika Syarikat menguruskan pandemik global itu.
Malah menurut seorang lagi petugas barisan hadapan, dia kecewa dan takut kerana mereka sendiri tidak mampu melindungi diri daripada jangkitan.
Antara lain, dia memberi perumpamaan, bagaimana mahu memadamkan api jika hanya diberikan pistol air.
“Our frontliners are our heroes at the moment. As a Malaysian it is our duty to support them to support us.
“That’s why my team at @thehopebranch.my has been using the funds raised to work hard and purchase and distribute aid to our frontliners. Face masks and surgical gowns already handled.
“Kudos @kementeriankesihatanmalaysia is doing an amazing job given the circumstances,” tulis Harith pada ruangan kapsyen video yang dikongsikan.
View this post on InstagramA post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on
Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat kakitangan barisan hadapan Amerika Syarikat dalam menghadapi pandemik ini.
Setakat 2 April petang, Amerika Syarikat telah mencatatkan kes sebanyak 215,344 dengan 5112 jumlah kematian.
Foto : Instagram Harith Iskander
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sajat Kongsi Luahan Hati – “Aku Ini Lelaki Yang Mempunyai Kemaluan Wanita, Pakai Baju Sopan Dalam Agamaku. Buat Sedekah Dikatakan Perbuatan Haram.”

Usahawan sensasi, Nur Sajat tampil meluahkan rasa, selepas dilihat seolah-olah tertekan terhadap apa yang berlaku melibatkan dirinya baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya @nursajat yang kini dalam mood privasi, Sajat ada berkongsi kekeliruannya di dalam melakukan amal kerana status diri selain mendedahkan dia kini mejalani rutin sebagai wanita meski dalam id (kad pengenalannya) ialah lelaki.
“Menunggu masa… Aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Aku pakai baju sopan dalam agamaku, buat sedekah dikatakan perbuatan haram. Haram dalam semua yang aku lakukan dalam lima tahun aku dalam perniagaan.
“Amalan kebaikan sia-sia sahaja sebab Sajat id lelaki! Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman walaupun kau tu id lelaki, tetapi anggota badan wanita… tetapi kau tetap lelaki! Lelaki berdasarkan id! Cara hidup kau semua adalah wanita!
“Segala amalan kau di dalam agama adalah haram. Perbuatan di dalam mempersendakan agama,” tulisnya.
Entri yang telah disekat akses komen, Sajat turut berkongsi dirinya pernah bertanya mengenai ibadat solat yang dilakukan kepada seorang Ustaz.
“Aku ada bertanya pada Ustaz, aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku, mereka still sembahyang pada tuhan mereka. Berdasarkan kepercayaan masing-masing.
“Aku dah perempuan, kemaluanku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku nak solat. Aku tak selesa solat dalam keadaan lelaki. Aku selesa solat cara wanita. Adakah solat aku sah dalam agama?
“Segala bacaan semuanya lengkap, kiblat semua sempurna. Aku manusia tidak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah tetapi cacat ini terus kekal! Rupanya cacat dalam lagi kuat tamparannya.
“Adakah solat aku tu sah? Ustaz tu kata, Sajat, Islam itu indah. Sesungguhnya bersolatlah cara selesa yang kamu rasa bagus untuk diri awak. Perlahan-lahan kenali Allah.
”Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila Ustaz kata macam itu, hatiku kuat dengan agamaku,” tulisnya lagi.
Sajat pada masa sama turut menjelaskan, segala kebajikan yang cuba dilakukan adalah sebagai tanda sayangnya dia pada agama. Namun dakwa Sajat, keadaan sebaliknya pula yang berlaku ketika ini.
Sementara itu menerusi Insta Stories, ahli perniagaan yang pernah muncul menerusi single, Makhluk Penggoda ini juga ada memuat naik beberapa reaksi netizen selain perasaan yang dirasakannya.
Terdahulu, Sajat baru-baru ini tampil menceritakan situasi dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu menerusi sebuah video IG TV.
Sajat antara lain mendakwa mendapat layan yang tidak wajar meski sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS berhubung laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018, di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
Menerusi Berita Harian hari ini, JAIS mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.
Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.
“Dia sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wongshe Wongshe Wongshe,” – Gara-Gara Babak Ini Dalam Nur2, Uchee Fukada Terus Jadi Trending!

Tular beberapa hari ini watak jiran sebelah rumah Nur, yang dikenali sebagai Uchee Fukada.
Semuanya gara-gara gelagat ‘membebel’ kepada Ustaz Adam menerusi salah satu babak dalam drama berkenaan.
Trademark kata-kata ‘wongshe wongshe wongshe surat khabar cina, wongshe wongshe ustaz Adam,” terus menjadi sebutan dalam perbualan netizen.
Malah, wujud #ucheehanatchallenge di laman sosialnya yang dilihat kian menjadi ikutan netizen.
“Ustaz tahu tak ustaz tu siapa? Ustaz tu golongan agamawan tau! Satu Malaysia kenal ustaz tu siapa. Lain la kitaorang ni nak bawa lelaki 10 dozen keluar masuk sekali pun..
“…takde siapa yang kisah. Tapi kalau ustaz buat macam tu, satu hari nanti satu Malaysia ni tahu, masuk surat khabar Cina, wongshe3 ustaz Adam..
“…wongshe3 kena tangkap basah.. Kalau masa tu ustaz ketuk pintu rumah saya minta tolong, tak ingin saya nak tolong!,” katanya.
“Susah nak cakap dengan orang takpaham bahasa ni. Nak kena cakap bahasa lain ke Ustaz Adam @syafiqkylez ??? Jumpa malamni guys! #nur2#wongshewongshe.”
Terdahulu, Uchee Fukada merupakan pembantu pengarah drama 15 episod berkenaan.
Malah, dia pernah terlibat dalam pembikinan drama lain, antaranya Shhh… I Love You.
Foto : Instagram Uchee Fukada
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI