Kejutan demi kejutan, pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) menyaksikan buat pertama kalinya, Naqiu dan Hady Mirza diumum sebagai ‘juara bersama’ program realiti itu yang bersiaran secara langung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
Mempersembahkan dua tugasan menerusi segmen solo dan ‘battle’, kedua mereka menewaskan empat penyanyi lain sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
Selain itu, pemenang tempat pertama turut menerima pakej percutian ke Eropah Timur dan Timir Tengah, pakej ubahsuai ruang tamu & ruang makan, percutian 2 hari 1 malam di Hotel Tanera Bangi serta trofi.
Terdahulu, persembahabn Naqiu dan Hady menerusi segmen solo masing-masing mendapat respon positif juri.
Ads
Keduanya turut bersaing mendendangkan lagu Haa Tepok melalui segmen ‘battle’ bersama.
Menduduki tempat ketiga, Jatt menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan hadiah lain, sementara tempat keempat diraih Nurfatimah dan bintang ini membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, percutian ke Chiang Mai beserta trofi.
Ads
Berada di kedudukan kelima dan keenam, One NationEmcees (ONE) dan Sham Visa masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan Billy Zulkarnain RM10,000.
Ads
Pentas akhir GV6 yang berlangsung selama 11 minggu diadili juri tetapnya, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim.
Elfira Loy dan suaminya Muhamad Faris Khairol Anuar selesai menganjurkan majlis akikah serta tahnik buat putera sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf beberapa hari lalu.
Menerusi foto yang dikongsikan Elfira di akaun Instagram miliknya, majlis tersebut diadakan secara meriah dan bintang ini turut berkongsi pengalaman sepanjang majlis menerusi ruangan kapsyen.
Terkini, Elfira yang mesra disapa EL ada mengenai perjalanan majlis akikah anaknya itu.
Kongsinya, dia kerap menonton video selain mencari di laman sesawang berkenaan majlis berkaitan kerana agak jarang dengan majlis sedemikian.
“Cakap pasal aturcara majlis pulak. El memang tak familiar langsung dengan majlis sebigini sebab jarang pegi and el pulak anak pertama yang kahwin. So el banyak google & tengok video.
“Susah betul nak faham sebab banyak cut cut. So el pun tanya ustaz apa yang boleh buat . Jadi on that day the flow, Ustaz Dato’ Shamsul memulakan dengan bacaan yassin, tahlil ringkas, doa, tahnik serta cukur jambul & alunan selawat & qasidah dari kumpulan Marhaban Alam Damai.
“Barang yang diperlukan untuk tahnik & cukur jambul adalah kurma, kismis, air zamzam & gunting. (terima kasih mama decokan tempat bekas keperluan tu).
“Bahan-bahan tadi dicampurkan di dalam satu bekas dan ditahnikkan di atas lelangit baby. Air tahnik tu diminum oleh ibu & bapa, tapi lupa nak tanya tujuannya apa. Tapi Alhamdulillah, sepanjang majlis ini rayyan tenang je,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan persembahannya di Semi Final Muzik-Muzik 34 kedua beberapa minggu lalu adalah nyanyiannya yang terbaik untuk single Kubersuara setakat ini.
Kubersuara menjadi antara 12 barisan lagu yang bakal memberikan saingan di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), yang dijangka berlangsung Februari depan.
Sementara itu Ernie,27, turut mengakui usahanya dari segi persiapan menjelang saingan separuh akhir berbaloi apabila lagu dan lirik ciptaan Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham itu berjaya lolos ke pentas pertandingan lagu tahunan itu.
“Jujurnya, setahu saya minggu lalu adalah nyanyian yang terbaik untuk Kubersuara. Dengan praktis dan masa yang diberikan terhadap lagu tersebut, melangkah ke AJL34 sangat berbaloi.
“Malah, empat komposer untuk lagu ini juga mereka semua sudah memberikan yang terbaik untuk menghiasi lagu tersebut secara keseluruhan.
“Mesej dan apa yang ingin saya mahukan terhadap lagu ini misalnya. Jadi rasanya saya mampu untuk sampaikan mesej kekuatan seseorang wanita itu di AJL 34 nanti, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai siapakah pencabar terdekatnya bagi merebut trofi Vokal Terbaik bagi AJL edisi kali ini, Ernie akui ada beberapa nama yang turut memberikan nyanyian meyakinkan setakat ini.
“Yang menyanyi ‘live’ dengan baik yang saya dengar antaranya Hafiz, Aina Abdul dan Aepul Drama Band.
“Kita sendiri tidak akan tahu apa yang akan berlaku nanti di AJL dan rasanya sudah tentu kesemua mereka ada mindset untuk berikan yang terbaik.
“Saya pun tidak boleh menentukan siapakah yang akan menyanyi dengan baik atau sebaliknya. Malah diri saya sendiri. Apa yang saya boleh janjikan adalah semampu boleh,” jelasnya.
Ditanya mengenai apakah pendiriannya apabila penyanyi Aina Abdul yang turut lolos ke AJL34 menerusi lagu Sumpah, Ernie akui sudah pun sedia tahu akan bakat yang dimiliki bintang berkenaan sedari awal.
Terdahulu, hanya dua peserta wanita, iaitu Ernie dan Aina di AJL34.
“Saya pernah cover lagunya dulu berjudul Shadow kerana saya sedar Aina ada kemampuan untuk persembahkan emosi dalam lagu dengan baik.
“Kita sudah lama tidak lihat penyanyi wanita yang bila menyanyi tu… dia berikan rasa yang ‘penuh’ bila di atas pentas. Saya juga sudah lihat bakatnya sejak program Mentor lagi.
“Jadi bila dia pun turut bersaing di AJL nanti, ia akan berikan satu warna yang baru dalam industri muzik. Saya nampak cerah industri kita dengan adanya orang-orang seperti ini.
“Saya rasa dan berharap dia boleh buat yang terbaik kerana ini adalah pentas pertamanya. Saya faham situasi itu bila mana ada rasa teruja, gementar pada masa sama.
“Akan tetapi saya mengharapkan semua akan berikan yang terbaik untuk AJL nanti,” katanya lagi.
Selain Kubersuara dan Sumpah, ini 10 lagu lain yang turut mara ke AJL34;
Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui tahun 2019 merupakan satu tahun yang amat mencabar buat dirinya.
Menurut penyanyi 28 tahun ini, banyak perkara yang telah dipelajari dirinya sepanjang bergelar selebriti.
“Untuk tahun 2019, saya banyak belajar terutama belajar untuk tidak mudah mengalah sebab ada juga beberapa tawaran yang Azira nak tapi tak dapat.
“Tapi saya rasa mungkin belum rezeki saya tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki yang lain, yang lebih besar untuk Azira,” kongsi Azira.
Di samping itu, bintang ini juga mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupannya pada tahun hadapan.
“Sudah semestinya kalau boleh kita nak sesuatu yang lebih baik di masa akan datang dan Azira harapkan tahun 2020 Azira boleh keluarkan produk jenama Azira sendiri dan juga untuk kuruskan badan.
“Azam Azira untuk tahun 2020 ini kalau boleh Azira nak menceburi bidang teater tapi kalau ada rezeki. Buat masa ni Azira sangat gembira sebab InsyaAllah Azira akan muncul dalam dua buah filem tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Azira ditemui pada majlis pelancaran tudung jenama HANAMI yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.