Berita

Keith Foo Enggan Dikaitkan Dengan Dakwaan Negatif Di Set, Hanya Cinta Riena Diana

Share

Pelakon Keith Foo menggesa orang ramai agar tidak mengaitkan namanya dengan sebarang perilaku negatif yang didakwa pernah berlaku di set penggambaran.

Menurut Keith, dia tidak mahu namanya dikaitkan dengan sebarang kontroversi murahan, lebih-lebih lagi yang melibatkan soal peribadi.

“Tolong jangan kaitkan saya dengan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan orang dalam drama saya sebelum ini,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pelakon drama Ariana Rose itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada Ahad.

Keith Tegaskan Cinta Hanya Buat Riena Diana

Dalam masa sama, Keith menjelaskan dia kini serius menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Riena Diana dan tidak akan sesekali melakukan perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan mereka.

“Saya cinta, cinta saya Riena Diana dan tak akan buat benda-benda low dan bodoh macam ini.

“Tolong hormat Riena dan saya,” kongsinya lagi.

Hubungan Semakin Serius

Sekadar informasi, Keith dan Riena sudah sekian lama menjalin hubungan cinta dan kini berada dalam fasa yang lebih serius.

Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 sebelum bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Skylar Raymond Foo.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Keith Foo

Published by
Aizam Manaf