“Dalam kaum Cina, poligami tidak dibenarkan dalam undang-undang Malaysia tapi banyak sahaja jantan cina yang mempunyai lebih daripada satu isteri.
“Satu sahaja yang sah di mata undang-undang. Yang lain tak sah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Perempuan Tanpa Dosa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Michael turut berpandangan isteri pertama biasanya akan kekal setia meskipun selepas suami merek berkahwin lain.
“Selalunya isteri pertama akan bersabar dan ikut kehendak isteri yang baharu. Tapi akhirnya bila laki itu sudah terlantar atas katil sakit atau jatuh bankrup, isteri pertama juga yang pungut dan jaga lelaki itu.
Ads
“Ini salah satu kisah benar dalam keluarga saya,” kongsinya lagi.
Hantaran Michael itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon terkenal, Nad Zainal.
Menurut Nad, para suami tidak akan pernah mendapat kasih sayang dan keikhlasan yang sama seperti isteri pertama sekiranya mereka memutuskan untuk berkahwin lain.
Ads
Namun, reaksi berbeza yang ditunjukkan oleh seorang individu yang menyatakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar ingin menyedapkan perasaan.
Lalu, isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu membalas semula komen tersebut dengan mengatakan wanita yang baik tidak akan sesekali merampas kebahagiaan orang lain.
Ads
“Tak kisahlah tak cantik pun. Yang penting baik dan bukan penyondol atau gelenyar,” balas Nad.
Terdahulu, isu poligami ini tercetus selepas tular di media sosial sepotong video memaparkan tindakan
seorang suami yang memuat naik video khas bagi menghargai isteri pertamanya kerana memberikan keizinan untuk berkahwin lagi.
Terdahulu Nad mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada tanggal 23 Januari.
Nad pada September tahun lalu mengejutkan ramai apabila mengakui sah bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang & Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nabila Huda tidak dapat menahan sebak saat berkongsi semula momen sewaktu bertemu dengan bapanya yang juga penyanyi lagenda, Datuk Amy Search.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, meskipun mereka kini terpisah disebabkan situasi dan takdir, namun ‘alam’ sentiasa punyai cara untuk pertemukan mereka kembali.
“Alam sentiasa ada cara nak menyatukan kami. Saya pun tak jangka akan bertemu di situ. Beginilah kehidupan. Setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Kita lalui sahaja dengan tenang.
“Pada pertemuan tersebut, terlerai sekejap perasaan rindu ini. Saya seronok tapi pada masa sama agak nervous. Saya tak tahu dia ada di situ pun.
“Dapatlah kami bersalam raya dan memohon maaf. Alhamdulillah Allah pertemukan kami. Kami saling meluahkan rasa rindu. Saya bagitahu papa yang saya sangat sayangkan dia,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Telaga Suriram di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Cuma Rindu…
Pada masa sama, Nabila memaklumkan dirinya agak sedih bila mengenangkan kembali konflik yang seakan tiada berkesudahan.
“Saya pun tak tahu macam mana nak jelaskan. Saya percaya segala yang berlaku adalah takdir. Saya pasti kalian juga tahu bagaimana situasinya saat ini. Saya cuma rindu.
“Tapi tak mengapalah. Kalau kami tidak dapat berjumpa sekarang, mungkin kita akan lebih bahagia di kehidupan seterusnya. Mungkin situasi, masa dan takdir yang memisahkan kami.
“Momen ini sangat menyentuh emosi kerana ceritanya seperti tiada kesudahan. Daripada saya kecil hinggalah sekarang. Namun, tak guna juga kita terlalu emosi. Hidup perlu diteruskan. Masing-masing ada kehidupan sendiri,” kongsinya lagi.
Doa Yang Terbaik
Ditanya adakah dia akan terus berusaha untuk memperbaiki keadaan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, Nabila akui dirinya kini sudah penat.
“Untuk kembali memperbetulkan keadaan? Saya hanya terima apa yang berlaku di hadapan mata saya. Saya sudah penat.
“Betulkan keadaan atau tidak, ceritanya tidak akan habis. Tetap ada sahaja begitu,” katanya.
Katanya lagi, meskipun jarang bertemu, Nabila memaklumkan dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bapanya itu.
“Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan papa seperti mana dia doakan saya. Saya harap dia panjang umur dan sentiasa sihat. Diharapkan satu hari nanti kita akan bersama ,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Zizi Kirana kini senang untuk membataskan pergerakannnya ketika membuat persembahan di atas pentas.
Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, dia kini selesa untuk membuat persembahan dalam keadaan duduk kerana lebih bersesuaian dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah.
“Sekarang ini, saya sedang melatih diri.
Saya bagitahu pengurus, saya nak menyanyi lagu rap tapi sambil duduk.
“Bila berdiri, kadang kala saya terbawa-bawa diri yang lama. Kita pula bawa genre hip hop. Hal ini merupakan sesuatu yang baharu buat saya.
“Bila difikirkan semula, rap juga merupakan sebuah muzik untuk menyampaikan cerita. Jadi, saya buat macam diri ini sedang bercerita.
“Ini bukan permintaan sesiapa tapi kesedaran diri sendiri. Saya rasa tak kena kalau sakan bergerak. Jadi, lebih baik saya duduk dan kalau berdiri pun mungkin dalam keadaan santai,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Eh itu berkata sedemikian ketika menjadi juri jemputan di program Pentas Marhaban baru-baru ini.
Katanya, dia juga akan terus kekal dengan genre muzik hip hop yang memang sudah sebati dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Saya mahu menyampaikan dakwah dengan cara yang tersendiri. Ramai ustaz dan ustazah yang saya jumpa, mereka minta saya untuk tidak berhenti menyanyikan lagu rap.
“Katanya, menerusi muzik rap, saya boleh berdakwah. Dulu saya pernah terfikir, perlu lagi ke saya menyanyi lagu rap ini lagi?
“Namun, segalanya berubah selepas mendapat sokongan orang sekeliling dan guru-guru. Sampaikan kebaikkan mengikut cara kita sendiri,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, fokusnya ketika ini adalah untuk menghasilkan lirik-lirik lagu yang mampu mengajak orang ramai ke arah kebaikkan.
“InsyaAllah, saya nak kekalkan menyanyi rap sambil duduk agar tak banyak pergerakkan. Saya mahu fokus dengan lirik yang ingin disampaikan.
“Saya juga nak perbanyakkan lagu-lagu nasihat terutamanya untuk mengingatkan diri sendiri dan mengajak orang ke jalan kebaikkan.
“Tidak ada lagi lirik kecam-kecam. Namun, saya akan kekalkan muzik rap dan qasidah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Gegar Vaganza 5, Nabil Ahmad tampil mempertahankan diri dan gandingannya, Jihan Musa selepas dituduh tidak mempedulikan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida di konsert final GV5 semalam.
Katanya, tuduhan tersebut adalah fitnah malah, ramai orang yang melihat dirinya menegur usahawan tersebut ketika berada belakang pentas.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Nabil selepas Datuk Seri Vida mendakwa pihak GV5 telah melayannya dengan begitu teruk. Luahan tersebut telah dibuat oleh DS Vida di laman Instagram miliknya.
“Kalau nak fitnah pon agak-agaklah. Kalau cakap kami tak tegur ramai kat depan tu yang nampak kami panggil. Tapi takpelah kalau dah fitnah kami okay je. Nak risau buat apa Allah maha mengetahui.
“Btw, hutang saya bila nak bayar ye. Dah dua tahun lebih tunggu? Kalau ada apa-apa masalah boleh whatsapp saya. Tak payah guna ig or fb nak aib dan fitnah orang ye makcik,” tulisnya.
Sementara itu, Jihan turut membuat kenyataan balas memberitahu, dialah orang yang paling teruja bila bertemu dengan DS Vida semalam.
“Tak baik fitnah. Kitalah yang aling excited nampak beliau semalam. Siap jerit panggil nama lambai-lambai dan siap muahmuahmuah lagi macam selalu. Saya ingat orang yang saya kenal or jumpa,” katanya.
Alahai, banyak pula isu berbangkit selepas selesai GV5 ni ye! Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik daripada kedua-dua belah pihak.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui dirinya sering mengalami masalah kurang keyakinan diri, lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan orang ramai selain menjalani rutin harian sebagai ibu baharu.