Penyanyi, Naqiu mendedahkan dirinya terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menyertai program, All Star Gegar Vaganza.

Menurut Naqiu, dia juga sebenarnya sudah merancang untuk menolak tawaran daripada pihak Astro sekiranya dipanggil untuk menyertai program berkenaan.

“Kalau Tersingkir Awal, Ia Akan Beri Kesan Kepada Kerjaya Saya,” – Naqiu

“Banyak kali saya fikir sebelum buat keputusan nak masuk GV10. Rasanya saya merupakan antara peserta terakhir yang bagi jawapan.

“Saya sebenarnya memang tak nak masuk program ini. Sudah bertahun kami mendengar ura-ura tentang format program ini. Saya bagitahu kepada pengurus, andai kata saya dijemput, saya sendiri mahu menolak,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, anggota kumpulan Boboi ini memaklumkan dia telah berubah fikiran selepas mengenang kembali jasa Gegar Vaganza terhadap kebangkitan kerjayanya.

“Pada awalnya saya menolak tapi beberapa bulan lepas, pengurus bagitahu yang saya tak boleh tolak.

IKLAN

“Kemudian, saya terfikir yang saya ada tanggungjawab. Ini bukan soal kontrak. GV telah mengubah hidup saya. Bila semua bekas juara bersetuju, takkan saya nak cakap tidak.

“Siapa saya untuk cakap tidak. Saya nak memberi semula kepada Gegar Vaganza,” ulasnya lagi.

“Kalau Tersingkir Awal, Ia Akan Beri Kesan Kepada Kerjaya Saya,” – Naqiu

Penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa ini turut mendedahkan antara sebab dia menolak untuk menyertai GV10 pada awalnya kerana mahu mengelak daripada tekanan.

IKLAN

“Saya tak nak stress. Pengarah muzik dan ketua juri adalah Datuk Ramli MS. Bonda Hetty Koes Endang pula mementingkan penghayatan dan Datuk Syafinaz merupakan guru vokal terbaik di negara ini.

“Tekanannya akan tinggi dan kita tak boleh buat silap walau kecil. Yang masuk pula bekas-bekas juara, lagi banyak markah akan dipotong kalau buat silap,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sepanjang GV 10 berlangsung.

“Saya mempertaruhkan reputasi saya di program ini. Andai kata tiada rezeki dan saya tersingkir awal, ia akan menjejaskan kerjaya saya.

IKLAN

“Di sisi lain pula, andai kata saya ke final atau menjadi juara, ia akan memberikan impak yang lebih besar. Kiranya saya sedang memperjudikan kerjaya saya.

“Tiada jalan mudah. Kena usaha dan terus berjuang sahaja,” akhirinya.

Terdahulu, Naqiu merupakan antara 10 juara Gegar Vaganza yang akan bersaing semula di All Star Gegar Vaganza.

Sementara itu, lima peserta hot seats bakal dipilih untuk sama turut serta di program ini.

All Star Gegar Vaganza bakal bersiaran bermula 24 September ini disaluran Astro Ria dan boleh distrim di platform Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI