Sekarang ni memang dah jadi trend ya buat para usahawan untuk buat sesuatu ‘meminta’ supaya dapat perhatian netizen?
MH tak tahu lah kalau perbuatan itu antara sengaja atau tidak sengaja namun memang banyak isu viral sekarang ini berkisarkan gambar atau video seseorang di media sosial.
Terbaru merupakan usahawan muda yang pernah menggemparkan negara, Ameerul Afiq Abdul Hadi atau nama ‘glamour’, King Afiqq yang mendapat kecaman netizen apabila memuat naik gambarnya solat sambil memakai kasut dan memegang iphone X semasa berada di Kaherah, Mesir.
Gambar tersebut kemudiannya dipadam setelah mendapat kecaman netizen.
Bagaimanapun, respon di laman Instagram miliknya turut mengundang kecaman orang ramai apabila dia memuat naik gambar screen shot laporan berita tersebut beserta kapsyen ‘kecohnya’
Ternyata, King Afiqq sekali lagi mendapat kecaman netizen. Bagi MH, mungkin King Afiqq boleh biarkan isu ini reda dahulu sebelum memberikan respon sebegitu pada netizen.
Yalah, sebagai ‘public figure’ memang sentiasa jadi bahan kecaman orang ramai kan? MH pun tak tahulah apa tujuan dia berbuat demikian. Namun sebagai individu yang sering menjadi perhatian seharusnya Afiq perlu bijak dan sentiasa bersedia berhadapan dengan situasi seperti ini.
Apa-apapun, kita cuba husnuzon lah dengan tindakan dia itu, lagipun…siapa kita untuk menghukum orang kan?
Sumber: IG King Afiqq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI