Penerbit dan pengarah, Michael Ang menegur netizen sekaligus menjelaskan mengenai beberapa keping foto tular yang merakamkan babak Uqasha Senrose yang dilihat seolah-olah mahu melahirkan anak tetapi dilihat masih berseluar.

Babak tersebut yang diambil menerusi drama terbaru arahannya, Perempuan Tanpa Dosa itu mendapat reaksi pelbagai wargamaya.

Jelasnya, foto berkenaan hanya diambil dari sisi belakang tabir.

“Hari ini aku bangun pagi, aku dapat mesej, reporter  call pasal jadi viral gambar behind the scene yang Uqasha beranak pakai seluar.

“Korang ni pun agak-agak… Sah-sahlah gambar tu diambil behind camera. Kau tahu tak apa aku shoot?

IKLAN

“Sebelum korang tengok pun korang dah kutuk. Inilah korang, netizen. Bila baca surat khabar pun, kau baca headline saja. Baca headline, kau ingat itulah cerita dia. Kau tak baca sampai habis.

“Lepas tu kau pergi kutuk-kutuk. Dosa dik, kita Islam jangan kutuk-kutuk tak baik dosa. Tapi apa-apalah, korang memang buat aku gelak besar hari ini,” jelasnya.

IKLAN

Menerusi perkongsian di IG TV itu, Michael turut menempelak sesetengah pengguna media sosial yang disifatkan bijak, tapi mempunyai corak pemikiran yang negatif.

“Korang ni semua belajar konon ada master, degree, belajar tinggi, cendakiawan… tapi tetap no brain. Sedih hidup korang.

IKLAN

“Sia-sia je mak bapak kerja penat-penat bagi duit pergi belajar. Tapi tetap korang membawang kat Twitter, kutuk orang sebelum kau tahu benda yang sebenar. Tak baik!,” katanya lagi.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan pendapat sendiri dan ada yang tidak sabar untuk menantikan episod Perempuan Tanpa Dosa yang seterusnya.

Terdahulu, drama 28 episod yang bersiaran menerusi saluran MegaDrama di Astro Ria itu telah pun memulakan tayangannya sejak 6 Oktober lalu setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

Selain Uqasha, turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Kamal Adli, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI