Selepas bersaing selama lapan minggu, Mazleen menepati ramalan apabila dinobatkan selaku juara program realiti, Kilauan Emas 2025 (KE2025).
Dengan kemenangan yang diraih, Mazleen atau nama sebenarnya, Mazleen Abu Bakatr, 45, membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, pekej umrah premium, percutian ke Dubai dan trofi sumbangan Astro.
Mazleen yang juga penyanyi Unit Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor berjaya menampilkan persembahan memukau menerusi lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor.
Mazleen meneruskan rentak kecemerlangan ketika tugasan duet apabila membawakan lagu Naluri Cinta bersama Arip Kilauan Emas 4.
Bukan sahaja memiliki kualiti vokal yang mantap, para juri turut bersepakat menyifatkan Mazleen sebagai penyanyi yang berpotensi besar untuk berjaya di dalam industri seni tanah air.
“Terima kasih kepada keluarga, rakan artis dan semua yang melihat bakat saya. Alhamdulillah, kepada Allah SWT kita berserah,” katanya sejurus diumumkan sebagai pemenang.
Rezeki Finalis 2025
Ads
Sementara itu, naib juara pula disandang oleh
Zekrai seterusnya membawa pulang hadiah RM10,000, pekej percutian ke Bali, Indonesia dan trofi sumbangan Astro.
Tempat ketiga dimenangi oleh Nawary. Kemenangan tersebut membolehkan peserta asal Perlis tu maraih hadiah wang tunai RM5,000, pekej percutian di Danang, Vietnam dan trofi sumbangan Astro.
Tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi sumbangan Astro pula dimenangi oleh Zanie.
Melengkapkan senarai pemenang adalah Ezan dan Majid di kedudukan kelima dan keenam.
Kedua-dua mereka turut membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi.
Ads
Sementara itu, Majid turut turut dinobatkan selaku pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
Manakala Ezan pula memperoleh hadiah tambahan berjumlah RM5,000 apabila diumumkan selaku pemenang Cabaran 30 Hari Nestle Gold.
Malam kemuncak KE2025 telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Erra Fazira, Roy Azman dan Ning Baizura manakala Datuk Yusof Haslam pula bertindak sebagai juri jemputan.
Pentas akhir ini turut digamatkan lagi dengan persembahan daripada artis jemputan Tam Spider.
Ads
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) atau strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan selama lapan minggu, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru, seorang individu dilihat ada menulis satu twit untuk menzahirkan rasa suka terhadap gandingan pelakon Fattah Amin dan Neelofa menerusi akaun Twitter miliknya.
Malah, individu berkenaan menyifatkan dirinya suka dengan gandingan kedua-dua pelakon berkenaan di kaca televisyen.
“#lofattah always, #surihatimrpilot Harap dapat tgk diorang bergandingan lagi in apa2 movie or drama My favorite pair,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian individu tersebut telah menjadi perhatian dan ada yang mengkritik terhadap apa yang disuarakan.
Rata-rata daripada mereka menegur tindakan individu berkenaan kerana dikatakan tidak menghormati bintang Hero Remaja 2011/2012 itu yang kini merupakan suami kepada pelakon, Nur Fazura.
Malah, keduanya juga sedang menantikan cahaya mata bersama.
Terdahulu, Fattah pernah bergandingan dengan Neelofa menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang diarahkan pengarah, Michael Ang.
Drama tersebut ditayangkan pada tahun 2016 dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton setia drama tempatan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Diana Danielle menafikan dakwaan menerima lapan bentuk cincin seperi yang dinyatakan oleh suaminya, Farid Kamil ketika ditemui media pada Selasa.
Menurut Diana, pendiriannya mengenai pemberian cincin itu masih sama dan dia sebolehnya tidak mahu lagi bercakap soal hal tersebut.
“Sebenarnya, saya tak terima pun lapan cincin tersebut. Dia bagi kepada anak lelaki kami dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya.
“Saya sangat tak selesa dengan perkara tersebut dan saya memutuskan untuk tidak berikan sebarang reaksi.
“Malah, saya juga tak pernah ucap terima kasih sebab saya sudah pun menolak pemberikan pemberikan cincin tersebut menerusi perguam saya,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Imaginur itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, Diana turut berharap agar Farid tidak lagi menggunakan anak-anak untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
“Namun, dia menggunakan anak saya untuk menyerahkan cincin tersebut kepada saya. Jadi, sekarang hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum.
“Tolong jangan serahkan apa-apa lagi jenis hadiah menerusi anak-anak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Farid dan Diana telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selesa bagi prosiding Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dan sebutan pertama nusyuz.
Pada 28 Mac lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shukran Yusof, menasihatkan Farid dan Diana berdamai bagi mengislahkan atau memperbaiki keadaan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai.
Alasan yang diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki ada memuat naik posting khas bagi menghargai mereka yang giat membantu individu yang mempunyai masalah kesihatan mental dan depresi.
Menurut Afdlin, mereka yang mengalami masalah seperti ini tidak akan keseorangan kerana ramai sebenarnya orang diluar sana yang peduli mengenai mereka.
Malah, pelakon filem Papadom ini turut membuka ruang buat sesiapa sahaja yang ingin berkongsi cerita dengannya.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
“Shoutout for people working on helping those with mental health and to those with depression.
“You are not alone. Lets talk,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang indvidu ada memberi respon terhadap posting tersebut dengan mengatakan hanya mereka yang popular sahaja sering mendapat perhatian mengenai isu ini manakala bagi mereka yang tidak dikenali pula, kisah mereka sering kali tidak diendahkan.
“Talk? Kalau kita bukan orang yang femes, diorang tak kisah pun pasal mental illness yang kita hadap,” katanya.
Melihat reaksi tersebut, ini respon balas Afdlin terhadap kenyataan individu tersebut.
“Orang femes pun ada depression bro. Manusia tak boleh lari dari hakikat.
“Yang penting kita cuba buat sesuatu,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Afdlin kerana mengetengahkan isu yang dianggap remeh bagi sesetengah pihak ini.
Sumber: Instagram Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!