Kita selalu dengar frasa ‘indahnya lepas kahwin’, ‘rugi kalau tak kahwin tau’ dan juga ‘syoknya kahwin’. Kadang-kadang mesti terfikir juga best sangat ke kehidupan selepas kahwin ni?

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui turut mempunyai pemikiran skeptikal mengenai kehidupan selepas berkahwin memandangkan dia seorang yang ‘workaholic’. Katanya lagi dia risau sekiranya teman hidupnya tidak dapat menerima sikapnya yang suka bekerja itu.

IKLAN

“Saya sangat enjoy kerja, jadi risau kalau ada yang halang atau kongkong kebebasan saya bekerja. Sebelum kahwin pun saya tak pernah rasa ‘lonely’ sebab ada kawan-kawan yang sering menemani.

“Tapi, bila dah berkahwin, ia memang satu fasa baru dalam hidup saya dan membuatkan saya terfikir ‘kalau tau dia (suami) macam ini, dari dulu lagi dah doa untuk kahwin dengan dia’.

“Satu perkara mengenai Fattah Amin adalah dia tidak ‘pressure’ saya, penyabar dan pemaaf. Dia juga tak pernah cerita buruk tentang orang.

“Sekarang pun, saya rasa lebih relaks dan ‘complete’. Adanya suami melengkapkan hidup saya, ada orang boleh jaga saya, ‘come home too’.

“Mula-mula ramai kawan-kawan yang terasa sebab dah kurang luang masa dengan mereka tapi bila mengenali Fattah, mereka pun ‘approve’,” katanya ketika ditemui di Pratonton Filem Televisyen Janji Zehan di GSC Signature, Midvalley, semalam.

Sewaktu bercerita mengenai suaminya, Fattah, Fazura memang kelihatan ceria dan bahagia jelas kelihatan di wajahnya. MH pun seronok dengar perkongsian Fazura itu.

IKLAN

‘Kawan-kawan Terasa Kerana Kurang Luang Waktu Bersama, Tapi…’ – Fazura

IKLAN

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi bagaimana dia lebih mengenali Fattah selepas diijabkabulkan November tahun lalu.

“Kami lebih mengenali antara satu sama lain setelah berkahwin, sebab tempoh bercinta tak lama dan masa itu pun kebanyakkannya okay, gaduh pun sebab perkara remeh je.

“Sekarang ini kami masih dalam proses mengenali serta ’embracing’ kekurangan dan kelemahan masing-masing,” jelasnya lagi.

MH pasti mesti ramai yang berangan nak berkahwin selepas ini kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI