Drama bersiri terbaru lakonan Janna Nick, Melastik Ke Hatimu nyata mendapat reaksi baik penonton meski baru sahaja bersiaran.
Memulakan siarannya pada 21 Januari lalu, drama adaptasi novel Aqma Dee ini turut menampilkan pelakon popular lainnya seperti Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Puteri Sarah Liyana, Wanna Alia, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Meninjau ke ruangan komen menerusi posting berkaitan drama berkenaan di laman sosial Instagram milik Janna, rata-rata memberikan komen pelbagai tak tidak sabar untuk menantikan apakah yang berlaku pada episod seterusnya.
Ads
Drama Lestary Melastik Ke Hatimu ini diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn. Bhd. di bawah arahan Azmi Hata.
Ads
Foto: TV3, Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Reen Rahim ada berkongsi aktivitinya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) yang bermula sejak beberapa hari lalu.
Bintang filem Town Mall ini memuat naik beberapa video, mengambil peluang untuk bersama-sama ibu dan bapanya untuk sama-sama membaca al-Quran.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian tersebut, para pengikutnya di Instagram terhibur dengan gelagat Reen yang dilihat takut-takut membaca ayat suci al-Quran sambil disemak ibunya yang disifatkan tegas.
Lebih menghiburkan, bapanya turut berdiri di belakang pelakon tersebut mengawasi anaknya sambil memegang penyangkut baju di dalam salah satu video yang dimuat naik.
“Korang jangan kasar mcm aku tau, sbb aku mmg lanun sikit kat rumah,” tulisnya bergurau menerusi paparan video yang sudah pun mendapat hampir 300,000 kali tontonan itu.
Lalu, perkongsian pelakon tersebut nyata mendapat reaksi pelbagai netizen yang antara lain turut memuji hubungan akrab serta aktiviti berfaedah yang dilakukannya sepanjang tempoh PKP kali ini.
Malah ada juga yang turut mengimbas pengalaman hampir sama bersama ibu ayah masing-masing.
Sekadar info, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim mula bergiat aktif dalam dunia lakonan sejurus menjuarai program realiti, Pilih Kasih musim ketiga.
Foto: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV telah meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan pergi bercuti di Pulau Pinang.
Mengakui anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen yang kini sedang aktif menyertai program hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua, DSV tetap cuba untuk meluangkan masa bersama anaknya.
“Harini saya curi curi masa bawak @cikb_havoc66 @kacak_._ datang bercuti. Cik B sekarang sibuk sangat dengan muzikal lawak superstar. Saya taknak dia stress
“Cik B dengan Kacak memang rapat. Cik B penyayang Kacak pulak manja. Kalau dah berjumpa asyik bergurau.
“Perasan tak kalau first time check in bilik akan ada bau macam lama orang tak duduk. bau perabot bagai bagai. saya tak suka .
“Okay lah sebab ramai yang request suruh saya extend sales semalam. ada yang tak sempat nak grab sebab saya buka terhadd,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Imbas kembali, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada pihak yang menawarkannya watak tidak mengenakan tudung, meski bintang remaja itu sudah pun memilih untuk berhijab sejak berusia 11 tahun lagi.
Mia, 16, berkata, gara-gara tawaran sedemikian, dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan dengan cara baik hingga ada yang menyangka dirinya sudah tidak lagi aktif dalam industri seni.
“Tidak saya nafikan apabila mula mengenakan tudung, tawaran yang datang kurang berbanding dulu. Malah baru-baru ini ada tawaran yang meminta saya untuk buka tudung setelah diberitahu mengenai karektor watak yang ditawarkan.
“Banyak perkara sedemikian berlaku lebih-lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan.
“Jadi bila jarang muncul di kaca televisyen, ada yang ingat saya sudah tidak berlakon lagi. Apa pun, saya harap mereka menghormati keputusan saya yang berhijab. Saya pakai tudung pun bukanlah atas paksaan mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu, Mia ditemui pada majlis pelancaran De’Xandra Youth Live Launch di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Kembali aktif dalam seni lebih setahun lalu, bintang remaja ini juga optimis kerjasamanya bersama De’Xandra Youth mampu membuka peluang lebih besar bagi dirinya selepas ini.
“Saya gemar teroka dan cuba dunia baru. Semoga projek bersama De’Xandra ini dapat buka mata dan secara tak langsung memberitahu semua bahawa saya masih ada dalam industri.
“Malah, pihak mereka juga sudah merancang pelbagai perkara, misalnya menghasilkan muzik video dan sebagainya.
“Jadi itu antara sebab yang memanggil saya untuk bersama-sama selebriti lain terlibat dalam projek ini.
“Tidaklah orang kata saya hanya berlakon sahaja. Tapi juga ada perkara lain yang saya lakukan,” katanya yang turut aktif memuat naik video di YouTube.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi berpandangan jauh seterusnya mengharapkan agar segmen wangian terbaru ini mendapat tempat di kalangan pembeli sasarannya.
“Rangkaian ini memberi fokus kepada golongan remaja dan buat pertama kali, kami memperkenalkan siri wangian body mist yang mempunyai lima bauan berbeza.
“Idea menghasilkan body mist ini timbul selepas adanya permintaan daripada golongan berkenaan yang mahukan sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak mereka di bawah jenama kami,” katanya.
Selain Mia, empat duta lain yang turut sama dipilih ialah Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Koh Wen Wei.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Iman Troy tampil berkongsi pandangannya mengenai tindakan pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang merakam detik cemas ketika membawa anak kedua mereka, Rian, ke hospital, baru-baru ini.