Di zaman yang serba-serbi moden ini, nampaknya ramai yang menggunakan medium media sosial sebagai landasan mereka melemparkan kecaman, fitnah dan sebagainya kepada orang lain.

Sudah banyak kes yang terjadi di laur sana dan artis-artis di negara kita juga tidak terkecuali menerima kecaman mahupun fitnah daripada segelintir pihak.

Terbaru, penyanyi popular, Aishah telah meluahkan rasa geram terhadap seorang individu kerana memfitnah dirinya.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Aishah menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik screenshot status individu tersebut.

IKLAN

‘Kau Nak Kena Saman Ke Bro?’ – Aisyah Geram Dirinya Difitnah

“Banyak duit agaknya mamat ni suka suki je buat statement palsu…Awal tahun lagi dah ada sykt cari pasal buat testimoni palsu kena bayar ganti rugi…mungkinkah mamat ni akan jadi pihak kedua yg kena keruk dalam2 poketnya utk bayar pampasan….. Berita palsu begini sgt.merbahaya dan boleh merosakkan reputasi I…so selagi nama tertera di atas tidak membuat apa2 kenyataan sebaliknya I anggap ini penyebaran berita palsu dan tindakan susulan akan diambil.I tak support penyamun2 duit rakyat ok hahaha sendiri mahu faham,” tulisnya di ruang kapsyen.

Di ruangan komen pula, MH lihat ramai pengikut serta peminat yang menyokong Aishah untuk menyaman pihak terbabit dan meminta artis pujaan mereka ini bersabar dengan kata-kata negatif sebegini.

IKLAN

arr_xxml: Apa komen anda ? Semoga anda mendapat balik benda yg anda fitnah org. Nak mention name org agak-ii, reputasi kak aishah tinggi, kau jeles ? So dgn harapan kau buat benda bodoh nak jatuhkan reputasi kak aishah. Sorrylah salah negara. Kesian tgk, nak fitnah org last-ii ? Kak aishah saman je, and to ” anda ” semoga dpt hidayah

ohmaebaranski: Terbaik kak aishah…!!! I loike ur last statement..??????????

IKLAN

cyah78: Elok la tegur diorg tu.. kalo tak di jaja sini sana..moga dipermudahkn urusan kak @aishahjmm seisi keluarga.. caiyok2!??

i.m.fkrz: Saman jer dia kak @aishahjmm ! Org mcmni mmg belagak dan akan kekal buat lg dan lg dan lg …

Sumber: Instagram Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI