Susulan satu status yang dimuat naik pelakon, Nazrief Nazri menerusi laman Twitter dan FBnya semalam yang berbunyi;

‘Now punya style tak payah berlakon bagus2 pun…kau bercinta dgn sparring kau…lepas tu rating kau naiklah. Setuju?’

MH Online menghubungi pelakon ini untuk mendapatkan penjelasannya mengenai status yang dimuat naiknya itu.

IKLAN

Terang pelakon drama Nasi Minyak Kuah Cinta ini, status tersebut tidak ditujukan pada sesiapa, tetapi hanya pandangan peribadinya semata-mata.

IKLAN

“Bila muat naik status tu, saya tak tujukan pada sesiapa pun. Hanya pandangan peribadi. Sebab kalau nak diikutkan, saya tidak salahkan pelakon 100 peratus. Tetapi saya terkilan dengan sikap segelintir peminat yang seperti ‘menggalakkan’ fenomena ini berlaku.

 

“Bila mereka sokong sesebuah drama atau filem, itu adalah suatu yang baik. Bagaimana pun, bila sampai suruh hero dan herion kahwin, rasanya itu sesuatu yang kurang sihat.

 

“Kalau satu drama saya okay lagi. Bila setiap drama nak dikata hal yang lebih kurang sama, saya rasa ia tak elok untuk pembangunan industri lakonan kita,” katanya jujur.

 

“Then, kalau hubungan tersebut tidak kekal lama, ada di antara peminat yang tak boleh move on dan macam-macamlah komen yang mereka berikan. Situasi ini pun saya ada kongsi dengan orang produksi dan mereka pun mempunyai pendapat sama.

 

“Kau bercinta dgn sparring kau, lepas tu…” – Nazrief Nazri

 

“Sekarang ni, ada penonton yang bukan nak tengok atau titikberatkan kualiti sesebuah drama, tapi lebih seronok nak tengok sebab hero dan heroin yang dikatakan bercinta. Bagi saya itulah trend industri lakonan sekarang.

 

“Sebab kalau dulu, peminat lebih suka tonton keserasian hero dan heroin, tapi kini lebih ramai yang nak tengok pelakon itu betul-betul bercinta macam dalam drama.

 

“Kalau betul becinta tak apalah. Kalau tidak? Nanti ada yang tak boleh terima,” luah Nazrief.

Dalam perkembangan lain, Nazrief kini kini sibuk di lokasi penggambaran drama 20 episod, Bilo Nogori Jupo Kelate di samping Mia Ahmad dan Didie Alias untuk slot Iris TV3.

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=x8Hy6mHv6CI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI