Dunia hiburan dan politik antarabangsa kembali hangat diperkatakan apabila penyanyi pop tersohor Amerika Syarikat, Katy Perry, didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Kisah sensasi itu tercetus selepas beberapa portal hiburan antarabangsa melaporkan kemunculan foto-foto mesra yang menunjukkan Perry dan Trudeau bercium serta berpelukan di atas sebuah kapal layar mewah di perairan Santa Barbara, California baru-baru ini.
Menurut laporan, kedua-dua figura terkenal itu kelihatan menikmati masa santai bersama beberapa kenalan terdekat sebelum lensa paparazi merakam aksi intim mereka di atas dek kapal berkenaan. Perry, yang ketika itu tampil kasual dengan busana putih dan kaca mata hitam, dilihat bersandar mesra di bahu Trudeau.
Pertemuan mereka bukanlah kali pertama, malah Perry dan Trudeau pernah dilihat bersama pada Julai lalu di Montréal, ketika penyanyi itu singgah untuk siri jelajah konsertnya. ,Ketika itu, Trudeau yang kini berusia 53 tahun sudah pun berpisah secara rasmi dengan isterinya, Sophie Grégoire-Trudeau sejak Ogos 2023.
Walaupun kedua-duanya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status hubungan mereka, sumber terdekat yang dipetik menyifatkan pasangan itu “semakin rapat sejak beberapa bulan kebelakangan ini” dan sering berhubung secara peribadi di luar acara rasmi.
Ads
Khabar ini pantas mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemerhati dunia hiburan, memandangkan Perry kini masih dalam fasa sibuk dengan projek muzik terbarunya selepas berehat panjang.
Ads
Imbas kembali, Perry telah berpisah dengan bekas tunangnya, Orlando Bloom, pada Jun tahun ini. Hubungan mereka selama lebih 6 tahun sebelum itu menyaksikan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia empat tahun setengah.
Trudeau pula, yang dikenali sebagai antara pemimpin politik paling berkarisma di dunia, dikatakan kini lebih aktif dalam aktiviti global berkaitan pendidikan dan alam sekitar. Beliau memiliki tiga orang cahaya mata dari perkahwinannya sebelum ini.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Elyana tampil membidas komen keterlaluan netizen yang mendakwa dia sengaja meraih simpati hanya kerana berkongsi keadaan diri yang kini sedang sakit.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal menegaskan, komen-komen sedemikianlah yang membuatkan dirinya memilih untuk tidak terlalu berkongsi perihal sakit yang dialami kepada umum sebelum ini.
“Cari simpati? Fuh… ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab kenapa aku ambil masa lapan tahun untuk tak nak beritahu yang aku sakit sebab tak ada gunanya pun.
“Aku buat keputusan yang salah… terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen pasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,” tulis Elyana menerusi paparan Instagram Story.
Sebelum itu, penyanyi berusia 35 tahun itu berkongsi dia tertidur selama 15 jam akibat demam teruk selain hilang selera makan.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu juga berkongsikan salah satu komen ‘kasar’ yang diterima mengenai penjagaan aurat.
Elyana dilihat membalas komen tersebut kerana merasakan sudah terlalu lama dirinya dibuli.
“Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak kak?
“Mungkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak,” tulis Elyana lagi.
Elyana sebelum ini berkongsi, dia sudah disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dideritai sejak 11 tahun lalu.
Dia hanya mendedahkan mengenai sakit yang dialami sejurus tersingkir daripada persaingan program Gegar Vaganza muzim ke-4 (GV4) yang disertai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...