“Kat Tangan Tu Macam Print Out Ultrasound Je,” – Ramai Speku Isteri Alif Satar Hamil Anak Ketiga, Termasuk Rakan Artis!

Share

Posting terkini penyanyi dan pengacara, Alif Satar menerusi Instagram menimbulkan tanda tanya ramai apabila secara spontan, para peminat termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah buat dirinya dan isteri, Shadila Halid.

Semuanya mungkin gara-gara sekeping kertas yang dipegang pelakon Pengantin Musim Salju itu dengan kapsyen yang bagai memberi makna.

“Back home with love,” tulisnya.

Malah, ada juga peminat yang turut bertanyakan perkara sama, sama ada isterinya itu kini hamil lagi.

Bagaimanapun, baik Alif dan isteri, keduanya mengambil pendirian untuk tidak memberi apa-apa komen terhadap komen yang ditinggalkan.

Hanya Shadila yang memberi komen emoji berbentuk hati.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 15 September 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Foto: Instagram Alif Satar

IKLAN