Mungkin tidak senang duduk dengan keletah suami yang suka mengusik netizen, isterinya, Datin Seri Shahida meninggalkan komen yang cukup menarik.
“Rindu Ya Kalau Tak Kena Kecam,” tulisnya.
Ads
Ulas wanita ini, suaminya memang cukup gemar mengusik kerana setiap komen yang ditinggalkan menjadi bahan hiburan.
Ads
Walaupun telah lali dengan teknik pemasaran berbentuk gimik begini, netizen menyarankan agar usahawan ini mengikut jejak langkah arwah Faziani yang dilihat lebih merendah diri ketika hidupnya.
Ads
Tidak kurang juga, ada yang mengecam Aliff kerana gemar menimbulkan hal sensasi, lebih-lebih lagi di bulan puasa.
Jika kita tidak suka melihat sesuatu yang mendatangkan fitnah, maka tinggalkanlah ia tanpa berkata-kata. Bimbang nanti mendatangkan dosa.
Foto : Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi posting terkini di akaun Instagram pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuat naik satu video.
Pelakon yang berasal dari George Town, Pulau Pinang itu telah berkongsi ketika dia memasak gulai sambal hitam bersama pengikutnya di Instagram.
“Sambal Hitam Kurang Ajaq Ya nama memang agak kasaq.. mak cik bawang mau rileks sat naa.. kurang ajaq bahasa penang banyak maksud.. dan untuk ini maksudnya “jahat” “pedas” “rancak” .. jadi disini ini lah rahsia sy nak share hari rabu ni seperti yg dijanjikan..”
“apa ingat aku kaki bangku ka tak reti masak? amacam lagu?? Nindiaaa lagu anak antoo penang selamanya.. amacam berani cuba sambal kurang ajaq by sharnaaz ahmad? Nak rasa tak? Confirm pedas cakaq dinding.. #sambalhitamkurangajar”tulisnya.
Selebriti dan pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meneruskan misi bantuan dengan menyerahkan sumbangan kepada 100 pemandu dan ‘rider’ penghantar makanan, baru-baru ini.
PU Riz, 26, berkata, pihaknya membuat tempahan menerusi aplikasi membabitkan penghantar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi membolehkan pemandu dan ‘rider’ datang ke lokasi serahan bantuan di Taman Tun Dr Ismail, Selangor.
“Sebelum ini kita serah bantuan untuk penduduk di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur. Saya sedar, dalam keadaan sekarang banyak lagi golongan terjejas dan mungkin ada terlepas pandang.
“Disebabkan itu, untuk kali ini saya bersama pasukan memilih untuk serahkan sumbangan kepada pemandu dan ‘rider’ Lalamove. Tidak dinafikan mereka juga antara golongan yang terjejas.
“Kami menggunakan cara dengan membuat tempahan di aplikasi Lalamove. Mana-mana pemandu dan ‘rider’ yang terima tempahan, mereka akan datang ke lokasi dan kami serahkan bantuan.
”Ada juga ‘rider’ dari bangsa Cina yang menerima sumbangan. Dengan semangat kewarganegaraan kita nak bantu semua bangsa.
“Sama juga macam sebelumnya, kami sediakan barangan keperluan asas harian seperi minyak, sardin, milo, roti, minyak masak, susu manis dan sedikit wang tunai. Diharapkan ia dapat membantu bukan saja untuk diri sendiri tapi juga keluarga mereka,” katanya.
Menurut PU Riz juga suami kepada selebriti Neelofa, inisiatif dijalankan itu tidak lain bagi menjalankan tanggungjawab sesama manusia.
“Alhamdulillah, rezeki yang ada tidak salah jika kita kongsi bersama. Malah, saya sentiasa berharap segala apa yang dibuat ini mendapat keberkatakan Allah selain bermanfaat untuk orang lain terutama mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan.
“Seperkara lagi, menjadi tanggungjawab bersama untuk kita saling membantu. Insya-Allah, kita akan cuba tolong selagi mana termampu. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.
Pelancaran program bantuan ini yang dilakukan di hadapan butik Naelofar turut disokong team Pertubuhan Kasih Neelofa bersama wakil dari pihak Naelofar, Mohamed Aqief Mohd Noor.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Meerqeen mencuri perhatian ramai apabila sepotong video yang memaparkan aksi dirinya yang dilihat seolah-olah mencium dahi pelawak terkenal Indonesia, Kiky Saputri ketika menghadiri beberapa program hiburan dan sesi bertemu peminat di Indonesia baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik Kiky di Instagram dan TikTok, pelawak terbabit turut membalas dengan mencium pipi peserta Hero Remaja 2019/2020 itu.
“Tidak mengapa kalau tak cantik yang penting kamu (Meerqeen) sayang sama saya,” tulis Kiki di ruangan kapsyen di Instagram miliknya.
Perkongsian berkenaan kini meraih perhatian apabila masing-masing mendapat lebih 320,000 tontonan dan 2,200 komen.
Sebelum ini, Meerqeen turut mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan peminat tempatan apabila aktor terbabit membiarkan seorang peminat wanita di Indonesia memeluknya.
Difahamkan, peminat terbabit terlebih dulu meminta izin untuk memeluk pelakon berusia 21 tahun itu.
Meskipun, wajah Meerqeen seperti ragu-ragu dengan permintaan tersebut, namun dia tetap melayannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Big Stage musim keenam yang memperkenalkan format baharu menerusi Big Stage Alpha, bakal membuka tirainya bermula Ahad ini.Menampilkan 18 peserta, edisi kali ini tampil...