Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali ada menulis satu kapsyen ringkas di Instagram, sejurus berakhirnya malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam tadi.

Sambil menyatakan dia sudah cuba beri yang terbaik, bintang berusia 29 tahun ini turut menyatakan maaf buat komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini dan MFMF.

“I’ve tried my very best… I’m so sorry @haelhusaini @wearemfmf,” sambil disusuli dengan emoji kecewa.

Menerusi ribuan komen yang diterima pada hantaran Instagram tersebut, komposer lagu berkenaan dilihat ada meninggalkan respon masing-masing.

“Yes, u did! We’re with you all the way, Bella. You’ve improved tremendously and gave your sincerest performance ever. If ni one can see that, then they’re not worth it,” tulis MFMF.

Bagi Hael pula, Nabila merupakan antara inspirasinya, dalam sisi kesungguhan dan ketekunan.

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”

“Awak adalah inspirasi pada saya. Hardwork and always do your best. Im so proud of you! Thank you for signing Peluang Kedua,” titip Hael.

Malah, rakan artis juga memberikan kata positif buatnya.

IKLAN

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!” Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”

Terdahulu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya sekali gus menjadi sensasi di media sosial, khasnya di Twitter.

Malah, para pengguna media sosial turut memberikan reaksi pelbagai terhadap persembahannya itu. Ada yang mengkritik, namun ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”

Sebelum ini, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika bersaing di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35, tahun lalu.

IKLAN

Bagaimanapun, Nabila kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.

Dia sebelum ini pernah memaklumkan penarikan diri daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat menyanyi buat sementara waktu.

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”Sementara itu, Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.

Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.

IKLAN

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam daripada Aina Abdul, ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berkenaan yang sekali gus membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta trofi kemenangan.

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”Menduduki tempat ketiga ialah lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Belenggu Rindu. Lagu tersebut disampaikan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi trofi bersama wang tunai RM20,000.

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”Vokal dan penghayatan memukau Ernie Zakri ketika mendendangkan lagu Gundah memberi tuah buatnya apabila diumumkan sebagai penerima trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”Sementara kategori persembahan terbaik hasil undian penonton yang menawarkan ganjaran trofi dan wang tunai RM10,000 beserta baucer setahun McDonald’s pula disandang Zizi Kirana menerusi lagu Eh.

Kapsyen ‘Im So Sorry’ Nabila Razali, Lihat Apa Reaksi Komposer Lagu Peluang Kedua, “Awak Adalah Contoh Inspirasi Saya. So Proud Of You!”AJL35 disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam dan menyaksikan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan juga Haziq Husni sebagai pengacaranya.

Foto: Instagram Nabila Razali, TV3 Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI