Lama tak dengar cerita mengenai Enot. Lama berdiam diri akhirnya dia muncul dengan perubahan baru yang nampaknya lebih sihat. Paling utama juga dia kelihatan semakin kurus, cantik dan bergaya.

Enot sebelum ini pernah menghidap penyakit kanser usus. Kini Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengatakan dia sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser itu.

“Alhamdulilah, saya dah sihat sepenuhnya. Saya sangat bersyukur kerana dua tahun lepas sangat azab untuk saya menempuh semua itu dan kini saya tak perlu risau sebab semuanya sudah berakhir.

 

“Apa yang perlu saya lakukan ialah teruskan jaga kesihatan untuk saya senang bergerak, solat dan anak-anak masih kecil lagi jadi saya perlu jaga kesihatan saya,” ujarnya.

‘Jangan Takut Ambil Saya Berlakon’ – Enot

Sempat juga kami bertanyakan apa rahsianya sehingga berjaya menurunkan berat badannya dan kelihatan lebih kecil berbanding dahulu.

Enot memberitahu dia kurus bukan kerana dia sakit tetapi dia mengambil supplement Lemonex sudah hampir enam bulan dan itu membuatkan dirinya semakin kurus.

IKLAN

‘Jangan Takut Ambil Saya Berlakon’ – Enot

Namun dalam melihat perubahan Enot yang semakin kurus sekarang ini, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tentang penyakit yang pernah dialaminya dan mengatakan daripada memikirkan untuk kurus lebih baik fikir tentang kesihatan.

Enot berkata netizen memang pandai bercakap dan tidak ada di situasinya. Baginya buat mereka yang bercakap bukan-bukan tentang dirinya itu akan mendapat balasan sendiri. Sekali lagi Enot menegaskan bahawa sakit yang pernah dihidapinya sudah pulih sepenuhnya.

IKLAN

‘Jangan Takut Ambil Saya Berlakon’ – Enot

“Netizen-netizen ni cakap je pandai, dia bukan duduk satu rumah dengan kita dan dia bukannya hantar beras tiap-tiap bulan pada kita jadi mereka tak perlu nak bercakap apa-apa.

 

“Tapi bagi saya tak apalah, cakaplah apa mereka nak cakap sebab apa yang mereka cakap tu dosa untuk mereka dan pahala untuk saya dan saya sudah sihat sepenuhnya,” jelas Enot.

Pelakon wanita ini juga berkata, dia memohon doakanlah dia yang baik-baik dan bukannya mendoakan dia untuk terus terjunam. Baginya ALLAH SWT itu sentiasa ada untuknya ketika dia susah, senang, sakit atau sihat.

IKLAN

“Saya tak peduli orang nak cakap apa pada saya dan bagi saya ALLAH SWT sentiasa ada dengan saya tak kira saya susah, tak kira saya senang, tak kira saya sakit dan tak kira saya sihat,” tegasnya.

‘Jangan Takut Ambil Saya Berlakon’ – Enot

Perkembangan terkini Enot sekarang dia sedang sibuk menguruskan supplement yang dijualnya dan dia juga turut sibuk dengan Lefest Tour yang akan berada di Miri, Sarawak pada 25 Ogos hingga 27 Ogos nanti.

Ditanya tentang drama pula adakah dia akan berlakon dalam mana-mana drama, jawabnya buat masa ini dia tidak berlakon dalam mana-mana drama mungkin kerana ada pihak yang takut untuk ambil dirinya sebagai pelakon atas faktor kesihatan.

“Drama baru tak ada mungkin mereka takut nak ambil akak berlakon sebab akak tak sihat, tapi Alhamdulillah akak dah fully recover,” jawabnya.

Namun Enot juga berkata, buat pengarah dan penerbit bahawa dirinya sudah sihat dan sudah boleh dipanggil untuk berlakon semula.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI