Pasti anda mengenali rancangan The Voice Kids Indonesia. Sememangnya negara itu banyak melahirkan penyanyi yang bersuara lunak, mahu dewasa ataupun kanak-kanak.

Terbaru, seorang remaja berusia 13 tahun berasal dari Jomba menyertai ujibakat yang bernama Sharla Martiza Isya’iah Putri mencuri tumpuan jutaan penonton di laman Youtube.

Pada awalnya, Sharla menyanyikan lagu Memory (nyanyian asal Cats). Lagu itu kurang mencuri tumpuan ketiga-tiga juri rancangan itu, Agnes Monica, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus.

Kanak-kanak Berselawat Kagumkan Agnez Mo

Bagaimanapun, Agnes menekan pembuz pada saat-saat akhir remaja bernama Sharla itu menamatkan persembahannya.

IKLAN

“Selain lagu ini kamu suka lagu apa, klasikal atau bagaimana? Cuba nyanyikan, supaya saya tahu hala tuju kamu,” soal Agnes.

Sharla seraya menjawab keupayaannya juga menyanyikan qasidah dan terus mengalunkan sepotong qasidah sambil diiringi instumen muzik ringkas.

Pada saat Sharla mendendangkan lagu selawat itu, Agnes mula tercengang mendengarnya dan berkata tidak menyesal memilih Sharla.

IKLAN

Kedua-dua juri lelaki juga, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus terkejut dengan kualiti bakat dan aura mempesonakan remaja berusia 13 tahun itu.

Kanak-kanak Berselawat Kagumkan Agnez Mo

IKLAN

Kanak-kanak Berselawat Kagumkan Agnez Mo

“Suaranya kamu bagus dan stabil! Untung saya pilih.” Ujarnya Agnes

Video yang dimuat naik di laman Youtube sejak 26 Oktober itu telah ditonton lebih 4 juta kali dan dihujani pelbagai reaksi netizen yang meninggalkan hampir 10,000 komen yang pelbagai.

Jom MH Online kongsikan untuk anda tonton sendiri video ujibakat Sharla di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI