Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) dua tahun berturut-turut, Bocey menafikan penyertaan mereka kali ini bakal menutup peluang buat  pelawak-pelawak baru.

Katanya, suatu ketika dahulu, mereka juga merupakan pelawak baru dan mereka tetap berusaha untuk bersaing dengan pelawak-pelawak senior sedia ada.

“Kami tiada niat mahu menutup periuk nasi sesiapa pun kerana semua ini juga bergantung kepada rezeki.

“Mungkin dengan adanya kami mereka akan buat dengan lebih baik. Bila mereka berada bersama kelompok pelawak-pelawak senior, secara automatik penanda aras itu akan tinggi,” kata Bocey ketika ditemui di sidang media Maharaja Lawak Mega 2018 bertempat di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, pada Selasa.

IKLAN

Dalam pada itu, Bocey turut memberi tahu MH, mereka risau akan kehadiran pelawak-pelawak baru terutamanya daripada Indonesia.

“Sejujurnya kami lebih risau dengan kehadiran pelawak-pelawak baru terutamanya daripada Indonesia kerana kami tidak tahu kualiti ‘barang’ yang mereka bawakan.

IKLAN

“Jadi, kami akan cuba jauhkan lawak-lawak bersifat fizikal kerana kali ini kami ingin dikenali dengan lawak-lawak bijak,”katanya lagi.

Selain Bocey, sebanyak 13 peserta akan bersaing merebut wang tunai berjumlah RM500,000 yang akan bersiaran mulai  2 November 2018 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

IKLAN

Ikuti sedutan sekitar majlis yang diambil menerusi FB Live MH.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1206161616191142&id=58447413434

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI