Pelakon Redza Rosli memaklumkan dirinya tidak mempunyai niat untuk merahsiakan hubungannya bersama isteri yang juga merupakan pelakon Bella Hanna daripada pengetahuan umum.
Memetik laporan Harian Metro, Redza memaklumkan, dia lebih selesa sekiranya hubungannya itu tidak diuar-uarkan dan menjadi bualan ramai memandangkan pada ketika itu, mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah.
“Segala persiapan majlis ini dibuat ketika saya menjalani penggambaran drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu. Ketika itu juga kami pergi kursus kahwin.
“Saya memang tidak berkongsi kepada sesiapa atau di media sosial. Malah, sepanjang perhubungan ini pun tak pernah muat naik gambar.
“Sebabnya, saya berasakan ia tak perlu. Lagi pula, ketika itu masih dalam fasa perhubungan yang belum ada sebarang ketetapan.
“Namun, apabila semuanya sudah pasti dan ditetapkan baharulah saya berbesar hati untuk berkongsi kepada semua. Dalam Islam pun kata, pernikahan tidak boleh dijalankan secara sembunyi dan sebaiknya perlu dihebahkan,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama Wanita Syurga ini juga memaklumkan dia Bella tidak pernah meletakkan tanda di dalam perhubungan mereka ketika fasa mengenali hati budi.
“Kami sudah kenal lama sebagai kawan. Apabila hubungan itu serasi, kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
Ads
“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” katanya lagi.
Pada masa sama, Redza juga memaklumkan dirinya akan berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin.
“Perkahwinan yang dibina selepas lafaz akad nikah yang sah ini tidak sama dengan berlakon. Walaupun saya sudah banyak kali melakonkan babak kahwin, ia berbeza. Ini sebuah rasa yang lain.
Ads
“Apabila selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah.
“Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” katanya lagi.
Terdahulu, Redza telah selamat bernikah dengan Bella dengan hanya sekali lafaz, pada jam 4.05 petang.
Pada majlis itu, Redza atau nama sebenar Ahmad Redza Rosli menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Manakala wang hantaran dirahsiakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro, Instagram TV3 & Drama Sangat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Jovian Mandagie bukanlah figura asing dalam dunia glamor di Malaysia. Dia yang merupakan seorang usahawan, pereka fesyen dan pengacara televisyen mencipta sejarah apabila mengadakan pertunjukan fesyen penuh gemilang sempena pengenalan koleksi pertamanya bersama Cheetah sebagai Pengarah Kreatif.
Saat melangkah masuk ke dalam dewan di MITEC, Kuala Lumpur mata terpukau dengan binaan gelanggang tenis yang boleh digunakan sebagai satu daya tarikan dalam pertunjukan fesyen yang dipersembahkan.
Bercakap kepada media, Datuk Jovian Mandagie yang pernah mengacarakan rancangan Mahligai Cinta dan Say Yes to The Dress berkata, “Koleksi pertama Cheetah saya sangat sentimental. Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun yang lalu, di mana ibu saya telah membelikan pakaian Cheetah saya yang pertama untuk kelas Pendidikan Jasmani (PJ).
“Saya berasa sangat seronok memakai pakaian berjenama buat kali pertama dan saya masih ingat lagi saya berasa sangat bangga memakai Cheetah pada ketika itu.”
Mengambil inspirasi dari kejohanan Wimbledon, koleksi yang dipersembah merupakan kombinasi sukan dan gaya hidup yang menggabungkan fesyen dan keselesaan serta lengkap dihasilkan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dengan pemilihan material yang dilakukan penuh teliti dan sentuhan palet warna campuran yang ‘fusion’, rekaan koleksi ini menggambarkan pendekatan yang lebih menyegarkan.
“Melalui koleksi ini, kami ingin meningkatkan semangat ‘menyokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai orang menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak jenama yang hebat di negara ini untuk dibanggakan,” jelas figura yang berusia 36 tahun ini.
SonaOne
Menyerikan malam tersebut, rapper terkenal tanah air, SonaOne menghangatkan suasana dengen rendisi lagu-lagu yang menyegarkan. Turut sama hadir ialah muse kepada kempen Cheetah Spring Summer 2022, Daiyan Trisha.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanggal 12 Jun 2019 menjadi detik bersejarah buat pelakon,Khir Rahman apabila bapa kesayangan, Datuk A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Mahu mengabadikan momen indah bersama, Khir atau nama lengkapnya Khairulizam telah memuat naik video bapanya di Instagram.
“Antara yg pernah saya jadikan story di IG.
“Arwah abah ketawa sendiri melihat telefon.. Ntah apa yg menggelikan hatinya.
“Izinkan saya abadikan disini.Hujung minggu andai tak punya kerja, memang mudah sangat teringat pada arwah,” tulisnya.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Satu perkongsian video daripada pelakon cantik, Uqasha Senrose ketika menggayakan persalinan abaya lengkap berhijab mencuri perhatian peminat.
Ini kerana, menerusi video yang dikongsi di platform TikTok, kekasih hati kepada pelakon, Kamal Adli itu ada menyuarakan hasrat untuk mengenakan tudung namun perlu istiqamah dahulu.
“Qasha tak pernah kecewa dengan design-design yang dibuat. Macam as you can see walaupun ia jubah, di dalamnya boleh diikat. Fashionable juga. But at the same time, menutup aurat. Itu yang paling penting.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut meninggalkan reaksi pelbagai dan rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat kakak kepada pelakon Uqasha Senrose itu.
Sehingga kini, video berdurasi 48 saat itu mendapat hampir 400,000 tontonan bersama lebih 55,000 tanda suka.
Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen sebelum ini telah pun dirisik Kamal Adli menerusi satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, 4 April lalu.
Foto: TikTok, Instagram Uqasha Senrose.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.