Penyanyi Khai Bahar tampil menjelaskan mengenai dakwaan segelintir netizen di media sosial yang mendakwa dia kini suka ‘berparti’.

Khai menegaskan, dia tidak menghadiri sebarang majlis seperti yang dimaksudkan sejak kehilangan ibu tersayang.

“Saya tak kata saya seorang yang baik. Saya tak ambil kisah apa benda yang kawan-kawan saya nak buat.

“Saya jumpa mereka pun untuk sambut hari jadi dan makan-makan sahaja. Itupun saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sakit sekitar awal 2022.

“Pada masa itu juga saya berhenti secara agresif lepak dengan mereka sebab hormat emak kurang sihat. Kadang-kadang kami lepak pergi karaoke sahaja.

“Padahal karaoke itu biasalah tutup lampu macam bilik vip pasti dihidangkan snek, air berkarbonat dan sebagainya. Saya rasa benda itu sekadar nak hiburkan diri sendiri sebelum mak saya sakit.

IKLAN

“Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak. Fokus utama saya kepada mak. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya,” katanya, petik Oh Bulan!

Khai Bahar Jawab Dakwaan Ligat Berparti – “Kadang-Kadang Lepak Pergi Karaoke Sahaja.” Khai Bahar Jawab Dakwaan Ligat Berparti – “Kadang-Kadang Lepak Pergi Karaoke Sahaja.” Khai Bahar Jawab Dakwaan Ligat Berparti – “Kadang-Kadang Lepak Pergi Karaoke Sahaja.”

Malah jelasnya lagi, dia kini lebih selesa untuk ajak kawan-kawan lepak di rumahnya jika ingin isi masa bersama.

IKLAN

“Saya bagitahu mereka kalau nak jumpa atau karaoke datang ke rumah, kita boleh lepak rumah.

“Bilik saya besar dan ada kelengkapan. Rumah saya ada keluarga iaitu abang, adik dan kakak saya.

Oleh sebab itu, dia menafikan segala dakwaan yang tersebar berikutan parti liar itu.

IKLAN

“Pandangan orang tengok karaoke itu lain-lain. Bilik murah lain, mahal lain. Perkara ini dah dua tiga tahun lepas timbul.

“Sekarang saya memang tiada hati langsung, kosong dan fikir arwah mak saya. Saya rasa semua benda macam ‘stuck’,” katanya lagi.

Khai bagaimanapun tidak menafikan dakwaan itu timbul mungkin disebabkan salah faham antara segelintir pihak.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI