Disebabkan kreativiti persembahan yang luar biasa dipamerkan para peserta, ada segelintir netizen yang pesimis seterusnya menganggap program The Hardest Singing Show (THSS) seperti sebuah pertunjukan sarkas.
Mengulas mengenai komen tersebut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari menganggap ia sebagai satu petanda positif apabila penonton terhibur dengan pesembahan dipamerkan peserta tiap minggu.
“Kami melihat komen ‘sarkas’ itu daripada sudut positif. Pada kami, sarkas itu merupakan tempat untuk menunjukkan persembahan dan penonton datang untuk berhibur.
“Dari pihak Astro, kami seperti lazimnya optimis untuk menganjurkan sebuah rancangan yang boleh menghiburkan orang ramai di rumah.
“Mungkin ada sesetengah pihak yang masih belum faham dengan konsep program berkenaan secara jelas, akan tetapi kita mengharapkan pada minggu-minggu akan datang, mereka akan lebih faham.
“Program THSS ini menguji limitasi persembahan peserta-peserta kita,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Penerbit THSS, Mohd Noor Firdaus pula berkata, program ini sebenarnya mempunyai matlamat yang lebih besar dan mahu membawa industri seni tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Kita sebenarnya cuba mengubah lanskap persembahan nyanyian di Malaysia.
“Selain daripada nyanyian, mereka akan selitkan elemen ‘kompleks’ supaya kita dapat melihat variasi dalam persembahan,” kongsinya.
Ads
Noor Firdaus turut menambah, THSS akan terus berusaha memenuhi kehendak para artis demi merialisasikan idea mereka di pentas besar.
“Daripada pihak produksi, kami sangat berbesar hati dengan idea-idea yang dilontarkan para artis. Saya akui, ia memang satu cabaran buat pihak produksi.
“Namun, kami akan bersedia untuk menerima cabaran-cabaran dan permintaan artis-artis kita.
Ads
“Kami juga belum pernah terlibat dengan elemen-elemen persembah luar biasa ini. Ia baru buat kami.
“Kami akan sentiasa menyokong idea para artis selagi mampu kami realisasikan,” ujarnya lagi.
THSS bersiaran secara langsung di Auditorium CIBD, Cheras pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.
Program yang menguji kreativiti persembahan para peserta ini diadili oleh tiga juri tetap iaitu komposer terkenal, Edry Abdul Halim, penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa dan pelawak, Zizan Razak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah Datuk Seri Siti Nurhaliza turut beranikan diri, mampu juga menjadi seorang penyampai berita.
Perkara itu dikongsikan TokTi di Instagramnya.
“Bila saya membaca berita.. Harini Lupa pakai lens power .. mata dah rabun , inilah jadinya.. nasib baik rakaman.. kalaulah live jadi macam ni nayaaaaa,” tulisnya.
Video tersebut melihatkan Tokti mengenakan baju berwarna hitam dan tudung pastel dengan intonasi sebagai seorang penyampai berita.
Lalu, netizen memuji kebolehan penyanyi lagu Anta Permana ini menyampaikan berita menerusi Komuniti Awani di saluran 501, Astro Awani.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir satu juta tontonan.
Terdahulu, barisan selebriti seperti Misha Omar, Adibah Noor, Noorkhiriah dan Hafiz Shuip turut dijemput sebagai penyampai berita untuk program berkenaan.
Video : Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Yatt Hamzah ada berkongsi sepotong video pendek yang merakamkan anak sulungya, Suci Hanania Malika yang sedang ‘bermain’ dengan seekor ular sawa jenis Ball Python.
Klip berkenaan dikongsikan pelakon itu di Instagram hari ini.
Sambil menyifatkan anak gadisnya yang disapa Nia ini mempunyai minat sama terhadap haiwan eksotik, Yatt turut mendedahkan suatu ketika dulu dia pernah membela haiwan sedemikian.
“Anak Sulong Si Kakak Nia ni mmg ikot Bonda sgt. Langsung x takut dg Ular & Iguana. Dulu masa dia kecil Bonda ada bela ular & iguana.
“Dia cium2nya je haiwan2 tu. Dlm video ni dia siap nak gigit lg Ular Sawa pendek (Ball Python) tu.
“Skrg Bonda dah x bela semua haiwan eksotik ni. Dulu mula bela masa zaman bujang lg. Mmg suka sgt pd Ular, Iguana Tarantula etc .Ni dah byk anak, Bela anak jelah.. Tu pun nak pengsan dah ni.
“Tengok Kak Nia tu.. Comel sgt masa ni.. 3-4 tahun masa ni.. Rindu dia masa kecil.. Skrg dah mcm anak dara dah. CUBA DENGAR BETUL2 APA KAK NIA CAKAP TU???,” tulisnya pada hantar video yang dimuat naik.
Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 10,000 kali.
Untuk rekod, Nia ialah anaknya hasil perkahwinan terdahulu Yatt bersama Abdul Mutalib Shukor.
Terkini, Yatt baru saja selamat melahirkan cahaya mata keempatnya, Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember tahun lalu hasil perkongsian hidup dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin yang dikahwininya pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Suci Humaira Iqlima dan Suci Hayfa Medina.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi popular Indonesia, Mahalini Raharja dan Rizky Febian telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 15 Februari yang lalu.Berita gembira itu dikongsikan sendiri...