Gara-gara foto percutiannya bersama suami di Phuket menerima ratusan ucapan tahniah atas bayangan mereka bakal menerima cahaya mata ketiga, penyampai radio Feeya Iskandar menegaskan dia dan suami hanya ingin meluangkan masa bersama dan bukan untuk ‘membuat anak’.
Malah ibu kepada dua anak ini turut memohon agar netizen tidak lagi memberi ucapan tahniah di ruang komen.
“#kamixbuatanak
#kamipergibercutijer. Stoplah dok ucap2 tahniah bagailah komen baby otw lah..ergh,” tulisnya.
Pelakon dan ushawan, Aeril Zafrel merakamkan rasa syukur dan terbuka dengan jantina anak ketiganya.
Wawa selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Ayya Soffya petang Ahad.
“Bagi saya bayi lelaki atau perempuan itu semua rezeki, alhamdulillah. Saya sendiri pernah uruskan anak lelaki dan perempuan jadi masing-masing ada karenah tersendiri.
“InsyaAllah kali ini saya boleh urusan dengan baik,” kata Aeril ketika ditemui pada majlis pengumuman jantina anak ketiga mereka di Damansara Perdana baru-baru ini.
Selain mendedahkan jantina anak, Aeril bersama Wawa turut melancarkan item solekan edisi terhad, Baby Girl Edition.
Sementara itu, Wawa turut bersyukur kerana masih diberikan kekuatan untuk bekerja sepanjang kehamilan.
“Kandungan ketiga ini alhamdulillah saya dikurniakan kudrat yang kuat. Meski sudah terlalu sarat masih kuat untuk ke sana-sini.
“Malah saya sendiri terkejut dengan kekuatan yang diberikanNya. Mungkin disebabkan oleh semangat selain team pekerja buatkan saya lebih bersemangat,” jelasnya.
Pasangan usahawan kini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya yang baru sahaja dilahirkan.
“Susut sangat ke?” Itu tanya salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke 6 (GV6), Sham Visa apabila ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang dilihat sedikit kurus berbanding awal kemunculannya dalam program terbabit.
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Sham atau nama sebenarnya, Rohisham Hashim akui gaya hidup yang lebih sibuk sejak menyertai GV6 mungkin menjadi antara puncanya.
“Rasanya (berat badan) maintain sahaja kot. Selepas berbulan bersama GV6, kata orang ia mungkin sudah nampakkan kesannya,” katanya yang turut akui hampir sebulan berdepan dengan masalah tekak.
Bagaimanapun, keadaannya kini bertambah baik selepas mendapatkan rawatan, sebagaimana yang dicadangkan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kami ada bertemu di belakang pentas ketika sama-sama membuat persembahan beberapa minggu lalu dan dia ada berikan cadangan ke sebuah klinik. Dia pesan berkali-kali dan saya hormatinya keprihatiannya itu.
“Pada awalnya saya terkejut juga… Tok Ti kenal saya. Siapalah saya kan? Lalu saya ke klinik sebagaimana yang dicadangkannya dan saya sekarang dalam rawatanlah,” jelasnya kepada MH.
Terdahulu, Sham berkongsi dia pernah mengalami kecederaan suara dan ia berlaku kira-kira selama enam tahun.
“Apabila ia berlaku, saya tidak pernah lakukan eksperimen sama ada suara pada ketika itu boleh diguna pakai (dalam nyanyian) atau sebaliknya.
Ralat tidak mampu mengerjakan umrah bersama ibu dan bapa, penyanyi dan usahawan Safiey Illias memohon ampun dan menyatakan ketidakhadirannya bersama ke kota suci Mekah atas alasan kesihatan.
“Sebak. Septutnya hadir mngerjakn umrah bersama mak dan ayah. Tapi cancel last minute berkaitan ksihatan.
“Mungkin ada rezeki di tahun lain moga Allah ganti dengan jemputan Haji tahun depan . Maafkan saya semua stoksi @safieycosmetics_hq dn terutama mak dan ayah terpksa jaga saya mcm budak baru lahir xigt ap2.
“Nk bwk kereta pun x igt apatah lagi nk besa waktu siang dan malam,” tulisnya.
Jelasnya, dia tidak pernah menyimpan dendam dan berharap agar individu yang bertanggungjawab faham akan dosa besar yang dilakukan.
“Diri ini xpenah simpan dendam cuma kesian andai kifarah membalas dosa mu atas perbuatan keji ini . Andai wang ringgit menjadi buruan, bukanlah aku tempatnya . Nk takut apa rezeki kita Allah dah tempatkn sejak 4 bln kndungan dalam perut ibu,” jelasnya lagi.
Meski memaafkan, namun jelas Safiey dia akan terus bangkit dan ‘membalas’ dendam dengan lembaran kejayaan baru.
“Aku mmaafkn tpi jauh sekali untuk membalas krana mungkir hati mu buta dan msih xfaham tentang besar dosanya syirik . Kes makhamah dh selesai alhamdulillah . 2020 thun untuk bangkit ! AKAN KU BALAS DENDAM INI DENGAN TEBARAN KEJAYAAN BARU.
“Tunggu aku come back bila aku letak racing mood , x ada siapa dpt stopkan aku walau perbuatan ilmu hitam . Sebab aku dicipta dengan mngutip semangat dan jti diri yg utuh.
“Tak mudah benda2 mcm ini nk masuk sbb prinsip aku, smgt aku, Allah sebaik pelindung !
Thanks @samee537 for a lot of kurma . Sorry becase i was not there,” kongsinya di laman Instagram.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.