“Kami Tak Boleh Buat Apa Sebab Back Up Besar Dia Adalah Head Coach,” – Pandelela Kongsi Kisah Lawak Lucah Jurulatih, Khairy Jamaluddin Turut Berterima Kasih

Share

Isu lawak lucah bukanlah baharu dalam kalangan masyarakat kita. Kini ia seolah-olah telah menjadi satu perkara yang normal untuk berbual dengan unsur lucah melampau. Namun sampai bila perkara ini harus dibiarkan? There is a need to stop this kind of attitude.

Jika minggu ini dunia seni digemparkan dengan isu rogol dalam sebuah rancangan televisyen sehingga pihak yang diperkatakan bersuara kerana telah membuka aib, hari ini atlet Olimpik Malaysia pula bersuara tentang isu ini.

Datuk Pandelela Rinong, yang merupakan pemenang pingat perak dan gangsa sukan Olimpik berkongsi kisah budaya lawak lucah yang pernah dihadapinya sebagai seorang atlet. Siap dengan tanda pagar #rapejokeisnotfunny, dia memuat naik beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.

Ujarnya, “Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol.

“Tapi paling sedih dalam 7 tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri. Moral kepada cerita ini, kita memerlukan ketua yang bagus yang boleh memperbetulkan apa yang salah dan bukannya menutup mata terhadap kejahatan. Dan mereka yang didera mesti berani bersuara. Suara kecil masih berguna jika kita bersatu hati.”

Atlet berusia 28 tahun ini kemudiannya menyatakan ucapan terima kasih kepada persatuan sukan yang banyak mengambil berat. “Kami sangat bertuah kerana dilindungi dengan selamat oleh persatuan sukan, yang mengambil berat tentang kami. Pengakhiran yang membahagiakan,” ujarnya lagi.

Ciapannya itu yang setakat berita ini ditulis telah menerima lebih 8.3 ribu ulang kicau.

Menariknya, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang dahulu pernah bertugas sebagai Menteri Belia dan Sukan turut membalas ciapan Pandelela. Beliau berkata, “Terima Kasih kerana berani bersuara Lela. Masih ada wartawan-wartawan sukan yang mengkritik keputusan yang dibuat untuk ‘menggoncang’ sukan terjun Malaysia ekoran tuduhan ini beberapa tahun lalu. Saya akan membuat keputusan yang sama setiap masa.”

Menurut Khairy Jamaludin lagi keselamatan atlet dari penderaan mental dan fizikal lebih penting dari pingat.

***P/S – Sudah tiba masanya kita di Malaysia untuk berani bersuara setiap kali perkara seperti ini berlaku tidak kiralah dalam industri apapun baik hiburan, sukan dan sebagainya. Perbuatan menormalisasikan lawak lucah bukan sahaja memberi kesan kepada individu bahkan ia seolah-olah meraikan budaya yang tidak sihat.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN