Selepas lebih tiga tahun berada di pasaran, jenama kosmetik milik pelakon popular, Wawa Zainal iaitu Wawa Cosmetics terus mencipta fenomena dan sekali gus mengukir sukses yang tersendiri.

Meski negara dibelenggu penularan wabak Covid-19 sehinhgga kini sejak tahun lalu, ia bagaimanapun tidak menghalang peniaga yang menjual produk berkenaan mencapai sasaran jualan sehingga mencecah jutaan ringgit.

Melihatkan kesungguhan dan kejayaan diraih mereka, Wawa menerusi jenama itu telah menganjurkan majlis Top Achivers & Gala Dinner Award bagi memberi penghargaan kepada peniaga yang berjaya.

Dalam majlis itu, lapan peniaga yang mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun lalu diberikan penghargaan berupa sijil, trofi dan tajaan percutian ke Eropah bersama pasangan masing-masing.

Wawa, 29, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, acara dan hadiah diberikan adalah caranya bersama suami di dalam menghargai penat lelah mereka sekali gus membantu perniagaan ini.

“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai 8 Peniaga Sukses Jual Kosmetik, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Rela Hati Beri Hadiah Ratus Ribu!

“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai 8 Peniaga Sukses Jual Kosmetik, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Rela Hati Beri Hadiah Ratus Ribu!

“Kami adakan acara anugerah ini memang untuk hargai mereka. Bagi saya dan Aeril, acara sebegini sudah biasa, tapi pada mereka apabila ambil gambar, berjalan di karpet merah dan melaram dengan busana masing-masing, ia bukan selalu mereka buat.

“Jadi, kami hargai mereka dengan memberikan sijil, trofi, dan hadiah percutian sebagai bukti yang mana ini hasil titik peluh mereka. Jadi, mereka boleh tahu untuk dapatkan anugerah bukan senang. Sebab mereka juga kena bersaing dengan peniaga lain.

IKLAN

“Kami hargai mereka dengan cara sebegini. Jadi kami sanggup berhabis untuk mereka. Kami pernah ada di situasi mereka apabila dapat penghargaan kita akan buat terbaik. Saya harap apa kami buat ini, akan menambah baik lagi prestasi mereka,” katanya optimis.

“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai 8 Peniaga Sukses Jual Kosmetik, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Rela Hati Beri Hadiah Ratus Ribu!

Difahamkan tajaan percutian itu menelan belanja lebih RM100,000. Mengulas mengenai perkara itu, Wawa berkata dia mahu mereka yang berjaya ada detik indah bersama.

“Lapan hadiah ke Eropah termasuk bersama pasangan masing-masing, kami berhabis dalam ratusan ribu ringgit juga. Malah, sebelum ini kami bawa mereka berbelanja di kedai jenama mewah dan bagi mereka pilih beg tangan disukai.

“Baru-baru ini pun ada bagi hadiah ke Eropah juga. Mereka ini suka berjalan dan melancong. Walaupun belum boleh pergi, tapi bagi hadiah awal,” katanya.

Pada majlis itu, Nur Adila Saidi diumumkan sebagai Top 1 dengan nilai ‘restock’ RM3.3 juta sepanjang tahun lalu.

IKLAN

Berkongsi mengenai kejayaan diraih sepanjang Wawa Cosmetics beroperasi, Wawa berkata apa yang penting adalahusaha dan kerja keras.

“Ini tahun ketiga, bukan satu perjalanan mudah. Sebab semua tahu kami bermula macam mana. Nak naik insya Allah ada jalannya, tapi untuk konsisten memerlukan sesuatu yang kitatak boleh selesa denga napa yang kita ada. Kena selalu kreatif. Dengan pasukan juga mereka tak boleh selesa.

“Alhamdulillah, setakat ini dianggarkan 5,000 peniaga aktif yang menjual produk ini di seluruh negara. Ia tidak termasukdi luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.

“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai 8 Peniaga Sukses Jual Kosmetik, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Rela Hati Beri Hadiah Ratus Ribu!

“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai 8 Peniaga Sukses Jual Kosmetik, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Rela Hati Beri Hadiah Ratus Ribu!

“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai 8 Peniaga Sukses Jual Kosmetik, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Rela Hati Beri Hadiah Ratus Ribu!

IKLAN

Sementara itu, Aeril Zafrel turut menghadiahkan Wawa sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai RM300,000 bersempena ulang tahun Wawa yang ke-29.

Jelas Aeril, pemberian tersebut diberi kerana kereta lama yang digunakan isteri sudah pun lebih tiga tahun digunakan.

“Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sekarang sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak ‘best’ bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta Itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.

“Sebelum beli, saya ada berikan ‘hint’ mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini.

“Pada majlis tersebut dia baru tahu. Memang kejutan buat dia,” katanya yang turut berdoa semoga semoga segala impian dan hajat isteri dimakbulkan Allah SWT.

Momen indah tersebut turut dikongsikan Wawa menerusi Instagram miliknya, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Foto: Instagram Wawa Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI