HomeBerita“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai...
“Kami Sanggup Berhabis, Sebelum Ini Bawa Berbelanja Di Kedai Mewah,” – Hargai 8 Peniaga Sukses Jual Kosmetik, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Rela Hati Beri Hadiah Ratus Ribu!
Selepas lebih tiga tahun berada di pasaran, jenama kosmetik milik pelakon popular, Wawa Zainal iaitu Wawa Cosmetics terus mencipta fenomena dan sekali gus mengukir sukses yang tersendiri.
Meski negara dibelenggu penularan wabak Covid-19 sehinhgga kini sejak tahun lalu, ia bagaimanapun tidak menghalang peniaga yang menjual produk berkenaan mencapai sasaran jualan sehingga mencecah jutaan ringgit.
Melihatkan kesungguhan dan kejayaan diraih mereka, Wawa menerusi jenama itu telah menganjurkan majlis Top Achivers & Gala Dinner Award bagi memberi penghargaan kepada peniaga yang berjaya.
Dalam majlis itu, lapan peniaga yang mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun lalu diberikan penghargaan berupa sijil, trofi dan tajaan percutian ke Eropah bersama pasangan masing-masing.
Wawa, 29, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, acara dan hadiah diberikan adalah caranya bersama suami di dalam menghargai penat lelah mereka sekali gus membantu perniagaan ini.
“Kami adakan acara anugerah ini memang untuk hargai mereka. Bagi saya dan Aeril, acara sebegini sudah biasa, tapi pada mereka apabila ambil gambar, berjalan di karpet merah dan melaram dengan busana masing-masing, ia bukan selalu mereka buat.
“Jadi, kami hargai mereka dengan memberikan sijil, trofi, dan hadiah percutian sebagai bukti yang mana ini hasil titik peluh mereka. Jadi, mereka boleh tahu untuk dapatkan anugerah bukan senang. Sebab mereka juga kena bersaing dengan peniaga lain.
Ads
“Kami hargai mereka dengan cara sebegini. Jadi kami sanggup berhabis untuk mereka. Kami pernah ada di situasi mereka apabila dapat penghargaan kita akan buat terbaik. Saya harap apa kami buat ini, akan menambah baik lagi prestasi mereka,” katanya optimis.
Difahamkan tajaan percutian itu menelan belanja lebih RM100,000. Mengulas mengenai perkara itu, Wawa berkata dia mahu mereka yang berjaya ada detik indah bersama.
“Lapan hadiah ke Eropah termasuk bersama pasangan masing-masing, kami berhabis dalam ratusan ribu ringgit juga. Malah, sebelum ini kami bawa mereka berbelanja di kedai jenama mewah dan bagi mereka pilih beg tangan disukai.
“Baru-baru ini pun ada bagi hadiah ke Eropah juga. Mereka ini suka berjalan dan melancong. Walaupun belum boleh pergi, tapi bagi hadiah awal,” katanya.
Pada majlis itu, Nur Adila Saidi diumumkan sebagai Top 1 dengan nilai ‘restock’ RM3.3 juta sepanjang tahun lalu.
Ads
Berkongsi mengenai kejayaan diraih sepanjang Wawa Cosmetics beroperasi, Wawa berkata apa yang penting adalahusaha dan kerja keras.
“Ini tahun ketiga, bukan satu perjalanan mudah. Sebab semua tahu kami bermula macam mana. Nak naik insya Allah ada jalannya, tapi untuk konsisten memerlukan sesuatu yang kitatak boleh selesa denga napa yang kita ada. Kena selalu kreatif. Dengan pasukan juga mereka tak boleh selesa.
“Alhamdulillah, setakat ini dianggarkan 5,000 peniaga aktif yang menjual produk ini di seluruh negara. Ia tidak termasukdi luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.
Ads
Sementara itu, Aeril Zafrel turut menghadiahkan Wawa sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai RM300,000 bersempena ulang tahun Wawa yang ke-29.
Jelas Aeril, pemberian tersebut diberi kerana kereta lama yang digunakan isteri sudah pun lebih tiga tahun digunakan.
“Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sekarang sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak ‘best’ bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta Itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.
“Sebelum beli, saya ada berikan ‘hint’ mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini.
“Pada majlis tersebut dia baru tahu. Memang kejutan buat dia,” katanya yang turut berdoa semoga semoga segala impian dan hajat isteri dimakbulkan Allah SWT.
Momen indah tersebut turut dikongsikan Wawa menerusi Instagram miliknya, baru-baru ini.
Pasangan penyanyi, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi, hari ini.
Sama cantik sama padan, pasangan tersebut dinikahkan juru nikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pada majlis itu, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian beserta lima dulang hantaran.
Manakala pihak Ernie membalas dengan tujuh dulang.
Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menjelaskan, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 20 ahli keluarga sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami.
“Doakan semoga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan,” katanya yang mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.
Sejurus majlis itu, Ernie dan Syamel diraikan pada majlis tertutup yang diadakan di sebuah resort persendirian di Serendah juga secara tertutup membabitkan keluarga kedua belah pihak sahaja.
Majlis itu dikendalikan perancang perkahwinan The Wedding Herritage (TWH) bertemakan Melayu Klasik.
Difahamkan pasangan tersebut mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017 dan mereka menjadi pasangan duet selain menjuarai program berkenaan.
Mereka kemudiannya muncul dengan single duet, Aku Cinta dan memenangi trofu Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) pada 2018.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas ditangguhkan hampir sebulan berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP), Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) akhirnya bakal bersiaran secara langsung pada Ahad ini.
Menjelang beberapa hari sebelum bermulanya anugerah berprestij itu, debarannya kini kian memuncak bukan sahaja dari kalangan peminat malah barisan peserta juga turut merasainya.
Terbaru, penyanyi, Ernie Zakri mendedahkan dirinya masih belum sempat meluangkan masa bersendiri untuk mencari idea berkenaan konsep persembahan bagi lagu Gundah yang akan dipertandingkan nanti.
Jelas Ernie, memang sudah menjadi kebiasaannya untuk duduk seorang diri setiap kali sebelum menjayakan sesebuah persembahan yang besar.
AJL hanya beberapa hari sahaja lagi. I haven't sit down sorang2 menung2 dalam bilik imagine my performance. I did it for all of my performances. Moga ada seharian masa untuk dimenungkan, aamin.
“AJL hanya beberapa hari sahaja lagi. I haven’t sit down sorang2 menung2 dalam bilik imagine my performance.
“I did it for all of my performances. Moga ada seharian masa untuk dimenungkan, aamin,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh tunang kepada penyanyi, Syamil itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat di laman Twitter.
Katanya lagi, dia berharap agar dirinya mempunyai masa yang cukup untuk menjalani rutin tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar segala perancangan Ernie sewaktu AJL35 nanti akan dipermudahkan.
Selain Ernie, antara barisan penyanyi yang turut sama akan berentap di anugerah gilang-gemilang itu adalah seperti Aina Abdul, Aishah, Floor 88, Azlan & The Typewriter dan ramai lagi.
Terdahulu, AJL ke-35 yang dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni bakal bersiaran secara lansung pada Ahad ini bermula jam 9.00 malam menerusi saluran TV3 dan Youtube TV3.
Sumber: Instagram & Twitter Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah, 32, mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya yang juga asal Sweden, Michael Hansen, 42.
Bagaimanapun, bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci.
Meminta ramai agar menghormati pendiriannya, Sakinah atau nama sebenar, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired gembira kerana fasa perkenalannya bersama duda kepada dua cahaya mata itu berjalan dengan harmoni.
“Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir 9 bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang,” katanya.
Adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah ini turut menambah, majlis pernikahan mereka kelak akan diadakan dalam serba ringkas.
“Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael.
“Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Sebelum ini, beberapa foto mesra Sakinah dengan kekasihnya, itu menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.
Media sebelum ini turut melaporkan, pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga Mei depan bersempena dengan tarikh lahir mereka berdua.
Ditanya mengenai kehidupannya sebagai ibu tunggal pula, Sakinah memberitahu dia tidak rasa tertekan kerana memiliki bekas suami, Aliff Adha yang sentiasa memberi sokongan.
Meski sudah berpisah, namun mereka masih berkawan demi permata hati, Anais Adha.
“Saya tak rasa tekanan pun menjadi seorang ibu tunggal sebab bekas suami saya sangat memahami. Malah dia juga banyak membantu terutamanya dari segi penjagaan anak.
“Misalnya ketika saya perlu lokasi pengambaran, anak akan dijaganya dan kami mempunyai persetujuan yang sangat baik.
“Kami juga tidak ada pergaduhan langsung kerana kalau boleh, tidak mahu merumitkan keadaan,” katanya.
Sakinah berkahwin bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha yang kini mencecah usia 4 tahun.
Namun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama Aliff telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.