“Kami Mungkin Tak Mampu Nak Beri Ceramah Sebab…,”- Lain Dari Lain, Ini Cara Duo Nasyid The Truth Sebar Dakwah & Positive Vibes

Kumpulan duo terbaru, The Truth yang dianggotai oleh Irfan Fariz, 21, dan Naufal Isa, 22, menyifatkan, penubuhan kumpulan tersebut ditubuh atas objektif menyampaikan dakwah murni.

Pada masa sama, duo nasyid ini juga optimis untuk menyampaikan mesej-mesej positif menerusi lagu, terus kepada halwa telinga pendengar.

“Kami Mungkin Tak Mampu Nak Beri Ceramah Sebab…,”- Lain Dari Lain, Ini Cara Duo Nasyid The Truth Sebar Dakwah & Positive Vibes

Menurut Irwan Fariz, seni yang mereka hasilkan ini adalah sebagai alternatif dalam penyampaian dakwah selain menerusi ceramah.

“Selepas kami tamat pengajian, kami tercari-cari juga hala tuju hidup kami. Alhamdulillah bakat yang terpendam ketika itu adalah dengan menyanyi.

“Saya dengan dia (Naufal) memiliki chemistry yang agak kuat pada ketika itu. Jadi timbul idea untuk kami tubuhkan duo ini untuk sampaikan apa yang kami mampu.

IKLAN

“Kami mungkin tak mampu untuk beri ceramah sebab belum bersedia atau masih takut-takut lagi untuk menggunakan medium berkenaan.

“Jadi kami pilih untuk sampaikan mesej positif menerusi nyanyian. Kami pilih nama The Truth pun kerana ingin menyampaikan kebenaran,” katanya kepada MH.

Kumpulan yang ditubuhkan sejak Januari 2019 itu ditemui pada majlis sidang media pengenalan The Truth di Sentap Press, Shah Alam pada Rabu.

Dalam pada itu, The Truth turut mendedahkan, mereka sedar akan cabaran yang bakal mereka tumpuhi untuk bergelar penyanyi nasyid turutamanya untuk bersaing dengan genre-genre lain di media arus perdana.

“Kami percaya rezeki itu datang dari Allah SWT. Sudah jelas, cabaran yang sering dihadapi kebanyakan kumpulan nasyid adalah jemputan persembahan.

“Bagi kami pula, The Truth telah pun bersiap sedia dengan ‘back up plan’ iaitu kami turut jayakan projek dengan melancarkan produk sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, pengasas Tarbiah Sentap Record, Ahmad Adnin pula turut diminta mengulas mengenai kisah sensasi yang terpalit melibatkan pendakwah bebas kebelakangan ini.

“Kami Mungkin Tak Mampu Nak Beri Ceramah Sebab…,”- Lain Dari Lain, Ini Cara Duo Nasyid The Truth Sebar Dakwah & Positive Vibes

IKLAN

Pada pendapatnya, sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia seni tidak boleh elak daripada perkara tersebut, lebih-lebih lagi dengan perkembangan media sosial kini.

“Kalau nak diikutkan, bukan hanya mereka yang didakwa pendakwah sahaja yang ada isu. Malah, golongan artis arus perdana juga ada kisahnya yang tersendiri.

“Pada akhirnya bagi saya, bukannya isu masalah pendakwah atau artis arus perdana, akan tetapi ia berpunca daripada kita sendiri yang ada kelemahan dan kita bukanlah sempurna.

Terdahulu, The Truth telah pun mengeluarkan single pertama mereka berjudul Cinta Sementara pada Julai dan kini telah pun meraih hampir 500,000 tontonan di Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=spTWswkzPSE