Penyanyi Syura Badron menyatakan rasa syukur selepas majlis ijab kabulnya bersama suami
Muhd Farizat Ismail, hari ini, berjalan dengan lancar.
Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron,36, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya itu kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor.
“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil-kecilan.
“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.
Ads
Majlis yang berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua dua mempelai menyaksikan suami Syura melafazkan tiga kali akad nikah kerana terlalu gementar.
Pada majlis berkenaan, Syura yang juga bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua itu menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.
Pada hari bahagia itu juga, ibu kepada tiga cahaya mata berkenaan turut menerima wang hantaran yang dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas.
Ads
Syura yang popular menerusi lagu Nazam Berkasih menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.
“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.
“Namun, apa terjadi, saya tetap akan menjaga tiga amanah (anak) itu dengan baik. Malah anak juga serasi dengan suami saya selama ini,” katanya.
Ads
Pasangan mempelai akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Cheras, Kuala Lumpur malam ini.
Untuk rekod, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006. Mereka berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sekeping gambar yang memaparkan pelakon Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah yang menonton pelawanan akhir bola sepak Piala FA 2019 bersama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Gambar tersebut dimuat naik oleh Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menerusi akaun Twitter miliknya,
Menerusi gambar yang dikongsi oleh pelakon drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan, kelihatan Fikry telah menyunting gambar tersebut dengan mengkaburkan di bahagian aurat pelakon Farah Nabilah.
“Rahsia kejayaan Kedah semalam. Ada yg sanggup mai naik lori, hangpa memang,” tulisnya.
Rahsia kejayaan Kedah semalam😂. Ada yg sanggup mai naik lori, hangpa memang 👍🏼👍🏼👍🏼 pic.twitter.com/cCMqU4SOUk
Kerana terlalu merindui arwah anaknya, penyanyi senior Azian Mazwan Sapuan memberitahu telah bermimpi bertemu dengan arwah anaknya, Mohd Aqil Zulkarnain.
Kongsi Azian, ini merupakan kali pertama dirinya mimpikan arwah Aqil selepas 305 hari meninggal dunia.
Pada masa yang sama, Azian turut menzahirkan rasa rindu dengan berkongsi foto Allahyarham di akaun Instagram.
“Salam Jumaat yg barakah..Nak share jgk..
Malam jumaat..buat pertama kalinya saya mimpikan Arwah anak selepas ‘dia’ dijemput yg maha Esa.
“Selepas 305 hari baru mama mimpi Aqil.. Mama rindu bau semalam Qil, x dpt cium tp bau je, wajah dr tepi je tp jelas & dekat.. mcm ni lah wajah yg sy rindu tu..dia diamm je, lawa, putih, senyum..
“Tasya pun ada,mcm biasa kkeppit dgn mama. Dr pagi airmata ni keluar tiba² je x kira waktu, airmata gembira,rindu.. Terima Kasih Allah
“Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa a’fihi Wa’fu an’hu Allahyarham Mohd Aqil Zulkarnain,” tulisnya.
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim seperti yang dipetik Sinar Harian, mahu penjenayah yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Ibu Allahyarham, Asma Aziz, 51, berkata, dia mahu melihat sendiri wajah penjenayah kejam yang sanggup membelasah anaknya sehingga membawa kematiannya.
“Perbuatan kumpulan perusuh membelasah anak makcik dengan kejam sememangnya tidak dapat dimaafkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kedah.
Asma juga mengharapkan agar pihak terlibat dalam rusuhan itu dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap arwah anaknya.
Pada masa sama, Asma yang masih trauma dan tidak mampu menerima kejadian rusuhan berlaku hingga tidak dapat melelapkan mata.
“Sehingga saat ini, makcik tidak berdaya untuk menziarahi kuburnya dan tak boleh tidur lena sebab rindu dan teringatkan Adib.
“Makcik memang rapat sangat dengan dia, kalau ada cuti memang dia akan balik kampung bantu ayahnya di sawah,” ceritanya.
Terdahulu, bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, memohon supaya keluarga mereka tidak diganggu buat sementara waktu.
Dalam kejadian sebelum ini, Muhammad Adib parah dalam kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu.
Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara kira-kira jam 9.41 malam, Isnin lalu.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!