Penerbit Gadis Jolobu The Movie, Saraleana Nattaya Azmi mengesahkan sudah menyerahkan surat tuntutan Letter of Demand (LOD) kepada YouTuber yang didakwa memfitnah filem terbitannya pada 11 Ogos lalu.
Menurut Saraleana yang juga Pengasas Bersama Zebra Studio, pihaknya kini sedang menunggu proses perundangan selanjutnya selepas menerima surat balasan daripada peguam YouTuber berkenaan.
“Kami memandang serius tuduhan dilemparkan oleh YouTuber terbabit yang jelas memfitnah kandungan filem Gadis Jolobu yang dikaitkan dengan unsur lucah dan memburukkan budaya Minangkabau.
“Tuduhan berkenaan nyata menghentam dan bukan mengkritik daripada sudut konstruktif. Jika memberi ulasan secara membina dan ilmiah, kami boleh terima, tiada masalah.
“Setakat ini, peguam sudah memaklumkan sudah menerima surat balasan pada 17 Ogos lalu. Kini, kami hanya menunggu tindakan selanjutnya daripada peguam masing-masing.
“Itu sahaja yang boleh dikongsikan. Kes berada di peringkat awal proses mahkamah,” katanya kepada MH.
Saraleana ditemui media ketika sesi minum petang dan pengumuman kerjasama di antara filem Gadis Jolobu dan platform penstriman, Over-The-Top (OTT), Get Play pada Jumaat.
Terdahulu, seorang YouTuber memuat naik komen mengundang kecaman dalam laman sosial dan menyifatkan filem Gadis Jolobu arahan CL Hor sebuah karya teruk sehingga memberikan rating ‘infinity shit’.
Filem musikal Gadis Jolobu, projek terbitan Tremendous Entertainment dan Zebra Studio ini diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan bintang baharu, Ahirine Ahirudin menemui penonton di pawagam pada 4 Ogos lalu.
Tambah Saraleana, dia juga menolak dakwaan yang mengatakan dirinya tidak boleh menerima kritikan atau ‘koyak’, sebaliknya hanya mahu menuntut keadilan.
“Saya cuma mahukan keadilan. Saya bukan penerbit tiada etika dalam berkarya. Jika filem Gadis Jolobu berunsur lucah dan merosakkan adat Minangkabau, sudah tentu tidak melepasi tapisan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang mendapat PG13.
“Saya sedia maklum ada beberapa penerbit mengadu mengenai YouTuber berkenaan, tetapi tidak memanjangkan isu ke peringkat undang-undang.
“Saya tidak ‘koyak’, tetapi apa yang dilakukan lebih kepada memikirkan keadilan dan nasib penerbit baru lain sekiranya perkara sama berlaku kepada mereka.
“Sekiranya apa yang saya lakukan ini boleh membantu industri, saya terus cuba berjuang,” katanya.
Katanya lagi, tindakan diambil bukan disebabkan kutipan filem terjejas, sebaliknya karya terbabit menyasarkan ke pasaran antarabangsa.
“Bercakap soal kutipan, kami memang tak fokus kutipan di Malaysia sajaja. Ini kerana, filem Gadis Jolobu lebih tertumpu ke pasaran antarabangsa seperti China, Filipina, Indonesia, Brunei dan Thailand.
“Lagipun penonton tempatan belum sepenuhnya ke panggung. Malah, filem Gadis Jolobu juga tidak boleh disamakan dengan kutipan filem Mat Kilau yang lebih sensasi kerana filem kami mengangkat dialek Negeri Sembilan dan adat pepatih,” katanya.
Dalam pada itu, pengarahnya, CL Hor berkata, filem Gadis Jolobu kini boleh ditonton di platform Over-The-Top (OTT), Get Play bermula 26 Ogos ini.
“Get Play adalah konsep terbaru yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang.
“Secara ringkasnya, Get Play turut berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan dan mengembangkan karya tempatan ke seluruh dunia.
“Sebagai permulaan, setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Misha Omar mendedahkan dirinya pernah melalui pengalaman dikritik dengan ‘pedas’ oleh komposer, Ajai sewaktu berkerjasama untuk merakamkan beberapa buah lagu sebelum ini.
Menurut Misha, apa yang dilaluinya pada ketika itu boleh dikatakan lebih teruk jika ingin dibandingkan sewaktu Ajai menjadi juri di program realiti, Big Stage 2020 (BS2020).
“Saya banyak rakamkan lagu bersama Abang Ajai. Sebenarnya apa yang dikeluarkan sepanjang berlangsungnya BS2020, saya pernah kena lebih teruk dari itu.
“Banyak lagu yang saya rakamkan bersama Ajai antaranya, misalnya Pulangkan. Jujurnya, dia pernah cakap, ‘kau jangan buang masa aku Misha… kau datang, kalau aku kena tunggu kau untuk satu note ni betul, kau balik dululah’. Itu katanya pada saya.
“Kemudian saya pun macam nak berair air mata. Dalam fikiran saya ketiks itu, saya langkah kiri ke masa datang tadi?
“Akan tetapi, sepanjang tempohnya bersama peserta BS2020 rasanya dia masih berlembut,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Misha yang baru sahaja muncul dengan single terbaru Tanpa Rela turut berpesan, para peserta BS2020 kali ini harus cepat mengadaptasi dengan keadaan.
Pada masa sama, jangan terlalu lama dibuai perasaan.
Ini kerana, bagi penyanyi senior ini, perkara tersebut hanya akan memberi kesan buruk terhadap karier seseorang penyanyi.
“Antara perkara yang harus diperbaiki adalah jangan terlalu dibuai perasaan dan makan masa berhari-hari untuk kembali normal.
“Contohnya, apabila kita kecewa, kita ambil masa lama untuk pulih. Tak boleh macam tu. Jadi orang seni kita kena kalis dan kena cepat move on.
“Saya pun nak dapat formula tu lebih kurang 18 tahun juga baru faham. Bahawasanya kita tak boleh hidup terlalu lama dalam kepedihan dan juga kegembiraan.
“Nikmatilah momen ini, kerana esok ada tanggungjawab baru menanti anda. Jalankan tugas sebaiknya. Tambah segala ilmu yang diperlukan, jaga penampilan dan imej, pembawakan diri bersama media & masyarakat.
“Pada saya itu semua yang anda perlukan. Soal nyanyian anda semua dah menyanyi dengan sedap. Cuma ada beberapa hal yang anda kena betulkan,” kongsinya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim memaklumkan khabar gembira bersama pengikut di laman akaun Instagram miliknya.
Kongsi Azrinaz, 41, dia kini sedang hamil anak keempat yang sudah mencecah usia 7 bulan kehamilan.
“This is NOT a throwback. What you see in this picture is happening now. Pink or blue, what to adore, here we go with my ‘number four’!
“I am currently 7 months plus, to be exact 30 weeks of pregnancy. Alhamdulillah syukur. Allah is blessing me and my husband by giving me another chance to carry another life again at this age.
“I don’t expect to be so close a-gap after #AreesyaMalaykha, but why wait when I can do it now. So here you go!
“Dear families and friends, please pray for my baby and mommy a smooth delivery, InsyaAllah,” tulisnya.
Imbas kembali, Azrinaz telah mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan pada 1 Mei 2018 dan dikurniakan seorang anak, Areesya Malaykha pada 19 September 2019.
Ini merupakan perkahwinan kali kedua Azrinaz.
Sebelum ini, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 dan dikurniakan dua orang anak.
Namun Azrinaz telah sah bercerai talak satu pada 16 Jun 2010.
Foto : Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perbadanan Kemajuan FIlem Malaysia (FINAS) telah mengumumkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia untuk dipertandingkan di Anugerah Akademi (Oscar) kali ke-97.Menerusi kenyataan yang...